HM Digital


• 50 individu disyaki terbabit dalam sindiket penipuan 'Macau Scam' membabitkan kerugian RM2.7 juta direman tiga hari bermula hari ini.

• Siasatan awal polis mendapati kes bunuh membabitkan pekerja hotel yang mayatnya ditemui dalam rumah sewa di Flet Padang Tembak, Air Itam, Rabu lalu berpunca daripada tidak puas hati suspek yang mendakwa mangsa curi rantai emas ibunya.

• Lelaki cuba melarikan diri daripada anggota JPJ sehingga menyebabkan kemalangan enam kenderaan di Kawasan Perindustrian Arab-Malaysia, semalam, direman empat hari bermula hari ini.

• Kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada kurator sebuah muzium, empat tahun lalu.

• Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan hanya kertas Bahasa Melayu diambil sebagai syarat kelayakan lulus lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 7:00 PM