GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rudy Syareme Sheriffudin


POLIS tahan wanita dan remaja lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki di flet di Jalan Padang Tembak, Air Itam, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) ketika siasatan di flet berkenaan pada 11 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita berusia 30 tahun yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Katanya, remaja lelaki 15 tahun yang ditahan itu juga pernah dibuang sekolah dan hasil soal siasat, mereka mengaku terbabit dalam kes itu.

"Mereka kini dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati," katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi, mangsa, M Sathiwil, 20, ditemui mati di dalam rumah sewanya dengan keadaan kaki dan tangan diikat.

Dia dipercayai dipukul dengan benda tumpul selepas didapati muka mangsa dalam keadaan bengkak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2017 @ 3:05 PM