NELO Vingada. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
NELO Vingada. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: “Ini bukan masanya untuk saya menjawab segala kritikan, ini masa untuk saya bekerja,” kata jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada.

Pengendali dari Portugal itu menerima kritikan pelbagai pihak susulan kekalahan anak buahnya 1-2 di tangan Lubnan dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin pada 13 Jun lalu.

Ia perlawanan pertama Vingada, 64, sejak dilantik Mei lalu namun jangkaan tinggi peminat yang mengharapkan kebangkitan skuad kebangsaan mendorong keputusan dan permainan longlai pada babak kedua sukar diterima.

Bagi jurulatih berpengalaman yang digelar ‘The Professor’ itu, beliau menghormati segala pandangan semua pihak namun adalah lebih baik beliau menumpukan sepenuhnya kepada tugasnya membentuk pasukan lebih mantap bagi menghadapi perlawanan kedua menentang Hong Kong di laman sendiri pada 5 September depan.

“Sekarang masa untuk saya bekerja, saya hanya memberi komen selepas perlawanan. Saya menghormati setiap pandangan yang diberikan tapi setiap kali komen diberikan dan saya perlu jawab, itu hanya membuang masa saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 7:42 AM