USOP. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
USOP. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Ridzuan Abdul Rahman


IMPIAN penyokong dan sebahagian peminat untuk menyaksikan Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau Usop, 20, menjuarai Mentor Milenia 2017, Ahad lalu berkecai apabila tewas kepada Angelica Paujin atau Elica, 17, yang mencipta kejutan.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan ramalan awal peserta dari Kulim, Kedah ini bakal juara kerana kemunculannya di pentas Mentor Milenia 2017 dikatakan mengulangi fenomena ‘Tsumawi’ pada Akademi Fantasia ketiga pada 2005.

Walaupun tewas, Usop tetap berpuas hati kerana Mentor Milenia dianggap platform terbaik memperkenalkan namanya kepada masyarakat.

Namun, di sebalik populariti yang dikecapi, terdengar pula cakap-cakap kurang enak dalam kalangan media mengatakan protege kepada Hazama ini kurang mesra dengan mereka.

Malah, Usop dikatakan enggan memberikan nombor telefonnya apabila diminta sedangkan artis terkenal lain pun tidak berkira berkongsi nombor telefon dengan wartawan.

Ikuti penjelasan Usop kepada wartawan Ridzuan Abdul Rahman () mengenai perkara itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 4:49 AM