ELICA. FOTO Mahzir Mat Isa
ELICA. FOTO Mahzir Mat Isa
Sudirman Mohd Tahir

Dua kali dinobatkan sebagai juara mingguan program Mentor Milenia 2017 meletakkan protege Akim iaitu Elica, 18, antara pesaing terhebat. Ia bukan saja pencapaian peribadi Elica, tetapi juga kepada seluruh penduduk daerah Tambunan, Sabah.

“Sebelum menyertai program ini, saya memang aktif menyanyi pada majlis korporat dan kenduri orang kahwin. Malah sebelum ini saya pernah menyertai program Idola Kecil musim ketiga. Sejak itu saya memang bercita-cita nak jadi penyanyi profesional.

“Apabila terpilih sebagai protege Akim, maklum balas orang kampung sangat bagus. Mereka beri sokongan padu kepada saya kerana inilah peluang mereka nak melihat bakat saya di pentas yang lebih besar.

“Pembabitan dalam program ini juga sekali gus mengharumkan nama daerah Tambunan. Disebabkan itu saya perlu tampilkan persembahan hebat setiap minggu. Saya tak mahu mengecewakan harapan mereka yang ingin melihat saya berjaya,” katanya.

Menurut Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, bakat nyanyian yang dimiliki diwarisi daripada ibu bapanya. Menyedari perkara itu, ibu bapanya menghantar Elica mengikuti kelas vokal sejak di bangku sekolah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 7:57 AM