Hotel One World

SEPANJANG Ramadan, Hotel One World di Petaling Jaya menawarkan citarasa konsep tradisional, ‘Kembara Tujuh Sajian’ di Cinnamon Coffee House.

Sambutan menggalakkan dari pengunjung saban tahun menyebabkan hotel ini sekali lagi menyajikan bufet sajian citarasa kampung dan makanan tempatan yang dijual di gerai jalanan.

Enam menu bertukar setiap hari dengan lebih 100 makanan disediakan, sekali gus memberi pilihan kepada pengunjung.


Ekeskutif Cef Sous, Saiful Baharin menyajikan hidangan enak seperti kari ayam kandar, sambal udang petai, kambing semur kerisik, gulai daging tetel kawah Tok, asam ikan pedas, perut lembu masak cili api and sayur pucuk manis dan banyak lagi.

Pencuci mulut dari manisan gaya barat seperti coconut choux, apple cinnamon frangipane, cheese cake lime bake, mango panna cotta, raspberry Éclair, pavlova hingga manisan tempatan seperti kuih-muih, agar-agar, kek kukus, bubur pengat pisang, ais kacang dan pulut serawa durian.


Banyak lagi hidangan yang menanti pengunjung dan semuanya sedap belaka.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet yang membangkitkan selera ini.


Bufet bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam dan ia berharga, RM148.00 untuk seorang dewasa dan RM78.00 bagi kanak-kanak berusia 6 hingg 12 tahun bermula 24 April hingga 5 Mei.

Selepas tarikh itu, bufet berharga RM175.00 dan RM90.00 seorang.

Untuk pertanyaan atau tempahan sila hubungi, 03 7681 1157 atau emel kepada [email protected]


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 6:56 PM