Hilton Garden Inn Puchong

INGIN berbuka puasa dengan makanan Korea dan pada masa sama mahukan sajian tradisional Melayu?

Kunjungilah Hilton Garden Inn Puchong yang menyediakan juadah mengikut kegemaran semasa rakyat Malaysia masa kini.

Junior Sous Cef, Shadieq Romainor, berkata Hilton Garden yang dibuka pada September tahun lalu, menyediakan sajian berbuka mengikut citarasa terkini.


“Bufet Ramadan yang bertemakan, ‘Selera Desa’ menyediakan pelbagai masakan kampung. Selain masakan kampung, istimewanya di sini, kami menyediakan sajian Korea yang menjadi kegemaran masa kini,” katanya.

Untuk penggemar masakan Korea, hidangan disediakan untuk bufet Ramadan adalah teok pokki, chap chae, kimchi jeon, pajeon dan gang jun chicken.


Makanan Melayu pula adalah kambing bakar, satay, kacang pool, roti john cheese meleleh, cendol durian, rendang tok dan asam pedas tenggiri yang sememangnya menjadi kegemaran ramai setiap kali bulan Ramadan.

Menurut Shadieq, secara keseluruhan lebih 70 menu masakan disediakan untuk bufet Ramadan.


Daripada jumlah itu, untuk sajian utama lebih 20 jenis makanan disediakan manakala pencuci mulut ada 30 pilihan.

Menu buka puasa bertukar setiap hari kecuali masakan Korea dan kambing.


Bufet buka puasa di Hilton Garden Inn Puchong diadakan pada 13 hingga 31 Mei bemula 7 malam hingga 9.30 malam di Garden Grille.

Bufet berharga RM80 seorang dan bagi tempahan sebelum 6 Mei, harga istimewa diberikan iaitu RM69 seorang.


Datanglah berbuka puasa di sini bersama keluarga dan teman. Jangan lupa kongsikan pengalaman dengan #jommakanathilton @hiltongardeninpuchong.

Untuk tempahan sila hubungi 03 80841299 atau emel ke [email protected].


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 2:34 PM