Dodo Dim Sum and Bowls

MENJELANG Ramadan, Dodo Dim Sum and Bowls di Subang Parade menyajikan menu lazat dua negara iaitu China dan Thailand, bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019.

Untuk hidangan utama, cubalah pelbagai dim sum yang berbeza dibuat sendiri dan hidangan enak Thailand seperti bun stim kurma, kerabu papaya, kerabu mangga, khaor soi, nam tok, nam sai, mi tomyam; ladu ayam stim bersama sos Szechuan, nasi goreng nanas, ladu siew mai, wanton gulung dan banyak lagi.

Seterusnya, pengunjung boleh menikmati hidangan berbuka puasa dengan pemanis mulut masakan tempatan seperti bubur kacang, sagu gula Melaka dan buah-buahan segar serta aneka kuih-muih di stesen pemanis mulut.


Melengkapkan lagi pakej Ramadan, pusat beli-belah Subang Parade juga menyediakan kemudahan tempat bersolat untuk umat Islam dan parkir yang banyak.

Bufet Ramadan ini berharga RM65.90 untuk seorang dewasa dan RM35, kanak-kanak.

Untuk bufet Ramadan, Dodo Dim Sum and Bowls turut menawarkan baucar diskaun RM60 untuk seorang dewasa.


Dengan pembelian lima baucar, anda akan dapat percuma satu baucar bermula dari 20 April hingga 10 Mei 2019.

Untuk pembelian 10 baucar, dapat percuma dua baucar yang bermula 30 Mei hingga 3 Jun 2019.


Tempahan korporat dan pembelian baucar boleh dibuat dengan menghubungi, 03-5631 1171 atau 017-870 1041.

Untuk keterangan lanjut lawati laman web, visit www.dodo.my (website), dododimsumbowls (Instagram dan Facebook).


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 1:06 AM