Lindungi diri dari sinar matahari dalam cuaca melampau. - FOTO Arkib NSTP
Lindungi diri dari sinar matahari dalam cuaca melampau. - FOTO Arkib NSTP
Hanis Aliaa Hidzir

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca panas di Malaysia bakal berlarutan sehingga Jun dengan suhu tinggi serta taburan hujan di bawah paras purata dialami di seluruh negara.

Situasi ini dijangka lebih buruk dengan risiko kemarau, jerebu serta gelombang haba yang tinggi sekiranya El Nino melanda negara ini.

Justeru, penting untuk setiap individu mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri dan yang tersayang daripada potensi risiko kesihatan seperti strok haba.

Untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi musim gelombang panas ini, minuman isotonik 100PLUS tampil bagi memastikan badan sentiasa terhidrat dan segar.

Dalam cuaca yang melampau ini, badan kehilangan banyak air sehingga menjejaskan kesihatan.

Dengan 100PLUS yang dirumus khas dari elektrolit dan mineral, ia membantu mengembalikan cecair yang hilang dalam badan lebih baik dan cepat berbanding air.

Selain itu, 100PLUS juga membantu mengekalkan suhu badan dan memastikan seseorang kekal segar.

Elektrolit yang terkandung dalam 100PLUS penting untuk badan kekal terhidrat seterusnya membantu kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan tubuh badan.

Ini termasuklah membantu mengekalkan fungsi otot dan kekal fokus sepanjang hari.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu individu mengekalkan prestasi pada tahap optimum dan mengurangkan keletihan walaupun dalam cuaca panas.

Nikmati 100PLUS percuma

Orang ramai berpeluang menyegarkan diri dan kekal segar dengan 100PLUS yang akan diberikan secara percuma di 126 lokasi terpilih menerusi skuad radio kegemaran ramai Hot FM, Molek FM dan Kupi Kupi FM.

Hot FM Zoomerz akan berada di 48 lokasi sekitar Lembah Klang manakala Molek FM akan berkunjung ke 48 lokasi di Pantai Timur.

Sementara itu, penduduk Sabah boleh mendapatkan 100PLUS Tanpa Gula dari Cruiser Kupikupi FM di 30 lokasi sekitar pusat bandar utama di negeri itu.

Kekal hidrat bersama 100PLUS. Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2023 @ 8:33 AM