Hanis Aliaa Hidzir

Rangkaian mudah alih pertama dan satu-satunya di Malaysia menawarkan data dan kelajuan 5G tanpa had, Yes 5G, semalam teruja mengumumkan ketersediaan siri iPhone 15 baharu.

Yes 5G menawarkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus masing-masing menampilkan paparan bersaiz 6.1 inci dan 6.7 inci.

Kedua-dua model hadir dengan reka bentuk kaca belakang aluminium tahan lasak yang diselitkan warna, Dynamic Island serta cip A16 Bionic yang lebih berkuasa.

Lebih menarik, peranti ini turut hadir dengan sistem kamera dinaik taraf merangkumi kamera utama 48MP dan pilihan 2x telefoto baharu berserta USB-C.

Sementara itu, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max pula menampilkan reka bentuk titanium yang kuat dan ringan menjadikan ia model Apple paling ringan.

Selain butang Tindakan baharu, kedua-dua peranti ini dilengkapi sistem kamera utama 48MP yang setara dengan tujuh lensa profesional dengan kualiti imej luar biasa.

Istimewanya lagi, pengguna boleh merasai zum terpanjang pada iPhone dengan pilihan 5x telefoto secara eksklusif pada iPhone 15 Pro Max.

Pengguna juga dapat menikmati pengalaman permainan dan prestasi terbaik dengan cip A17 Pro berserta USB-C dengan kelajuan USB 3 menerusi iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Selain itu, semua model turut menawarkan keupayaan keselamatan kritikal untuk memberikan bantuan apabila diperlukan.

Ini termasuk Crash Detection dan Emergency SOS melalui satelit4 iOS 17 menjadikan iPhone lebih peribadi dan intuitif, memperkenalkan Contact Posters, membolehkan pengguna menyesuaikan penampilan mereka kepada kenalan semasa panggilan masuk.

Siri iPhone 15 juga tersedia dengan eSIM, alternatif yang lebih mudah dan selamat kepada sim fizikal.

Oleh itu, pengguna boleh terus berhubung melalui pelan perayauan antarabangsa yang berpatutan apabila mengembara ke seluruh dunia.

Peluang mendapat iPhone 15 pada harga RM1

Bagi meraikan ketersediaan iPhone 15 dalam rangkaian Yes 5G, syarikat ini menawarkan peluang terhad kepada rakyat Malaysia untuk memilikinya pada harga hanya RM1.

Orang ramai perlu mengumpulkan 15 bintang bagi menerima pas Yes 11.11 dengan melibatkan diri dalam beberapa tugasan harian yang mudah dan menarik menerusi https://deals.yes.my/11-11-salesday.

Pengguna yang menerima pas Yes 11.11 boleh hadir ke The Yes Experience Store di Lot 10, Kuala Lumpur pada 11 November 2023.

Di sana, mereka akan diberi peluang untuk memutar roda dan berpeluang mendapatkan iPhone 15 atau iPhone 15 Plus pada harga RM1.

Bagi melayakkan pengguna mendapatkan iPhone 15 128GB pada harga RM1, mereka dikehendaki melanggan pelan Yes 5G RM88 dengan kontrak selama 24 bulan.

Manakala, bagi iPhone 15 Plus 128GB memerlukan langganan pelan Yes 5G RM118 juga dengan kontrak selama 24 bulan.

Pelanggan yang tidak berjaya memperoleh pas Yes 11.11 masih boleh membeli siri iPhone pada kadar biasa dengan faedah tambahan untuk menikmati potongan sehingga 15 peratus daripada aksesori Apple yang tersedia dengan sebarang pembelian iPhone.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pelan data, layari https://www.yes.my/ms/iphone/.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 10:23 AM