Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), Dr Kent Woo (kiri) dan Pengarah Pemasaran – Bahagian Pemakanan Malaysia, Singapura dan Vietnam, Mead Johnson Nutrition, Wong Choy Yee (kanan) dalam majlis menandatangani kerjasama MSAI dan Mead Johnson Nutrition. - FOTO Mead Johnson Nutrition
Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), Dr Kent Woo (kiri) dan Pengarah Pemasaran – Bahagian Pemakanan Malaysia, Singapura dan Vietnam, Mead Johnson Nutrition, Wong Choy Yee (kanan) dalam majlis menandatangani kerjasama MSAI dan Mead Johnson Nutrition. - FOTO Mead Johnson Nutrition
Hanis Aliaa Hidzir

IMUNITI yang lemah bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung dan kanser, malah ia turut menambah risiko jangkitan serta komplikasi sesuatu penyakit.

Oleh itu, penting untuk setiap individu mengekalkan sistem imun yang kuat bagi melindungi diri daripada keadaan kesihatan kronik terutama individu berusia lebih 40 tahun.

Menerajui bidang pemakanan, Provital Immuna Plus oleh Mead Johnson Nutrition yang dirumus secara saintifik bagi meningkatkan kesihatan imun individu berusia 40 tahun ke atas, bekerjasama dengan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) di Kongres MSAI ke-22.

Kolaborasi itu bertujuan mengukuhkan pengetahuan profesional penjagaan kesihatan dalam menerima pakai penjagaan pencegahan melalui intervensi pemakanan.

Kongres yang bertemakan 'Memperkukuh Pengetahuan Teras Anda dalam Alahan & Imunologi' itu menghimpunkan beberapa pakar penjagaan kesihatan serta peneraju industri dalam bidang alahan dan imunologi termasuk Provital Immuna Plus.

Pengarah Pemasaran-Bahagian Pemakanan Malaysia, Singapura dan Vietnam, Mead Johnson Nutrition, Wong Choy Yee berkata, mereka berbangga menjadi sebahagian daripada misi ini dan akan terus memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

"Kami komited untuk mempromosi serta memajukan penjagaan pencegahan dan kesihatan awam.

"Ini menjadi sebab kami menghasilkan Provital Immuna Plus, susu berkhasiat yang dirumus secara saintifik dengan campuran unik yis beta-glukan, selenium dan vitamin C bagi menyokong sistem imun apabila kita meningkat usia," kata Wong.

Selain menekankan risiko kekurangan zat makanan yang tinggi dalam kalangan warga emas Malaysia, persidangan itu turut membincangkan kepentingan makanan berfungsi sebagai terapi tambahan perubatan moden terutama dalam kalangan orang dewasa yang tidak mendapat nutrisi mencukupi daripada makanan rutin.

Antara alternatif berkesan adalah dengan memilih Provital Immuna Plus untuk Tiga Perlindungan Imuniti*.

Terbukti berkesan secara klinikal

Data klinikal membuktikan keberkesanan yis beta-glukan dalam menyokong sistem imun yang mana sembilan daripada sepuluh subjek melaporkan tiada simptom selsema atau sakit tekak selepas 12 minggu.

Bagi mengesahkan lagi keberkesanannya, Dekan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pengasas Pusat Penuaan Sihat & Kesejahteraan (H-CARE) Prof Dr Suzana Shahar sudah memulakan kajian klinikal tempatan ke atas Provital Immuna Plus.

Kajian itu bagi mendapatkan bukti saintifik susu yang diperkaya dengan yis beta-glukan dapat menyediakan pilihan lebih berkhasiat sebagai strategi pencegahan ke arah penuaan sihat.

Dr Suzana juga menyokong peralihan industri bagi pengiktirafan peranan pemakanan penjagaan pencegahan dan menerima penyelesaian inovatif 'imunosenescence' yang menyebabkan penurunan beransur-ansur sistem imun sebanyak 50 peratus bermula pada usia 40 tahun.

"Kami percaya susu mempunyai peranan penting dalam menyokong penuaan yang sihat dan meningkatkan kehidupan orang dewasa yang lebih tua di mana-mana sahaja." katanya

Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) Dr Kent Woo turut menyatakan makanan berkhasiat harus dianggap sebagai ubat untuk badan bagi membolehkan individu mengekalkan kesihatan yang optimum.

"Dengan pendekatan inovatif untuk penjagaan pencegahan ini dan kesihatan awam, kita boleh membina masa depan lebih cerah dan sihat untuk diri dan komuniti kita."

Khasiat keperluan harian

Sebagai inovator pertama susu dewasa yang dirumus secara saintifik, Provital Immuna Plus direka untuk penggunaan harian bagi memudahkan individu mengekalkan kesihatan imun mereka.

Susu ini mangandungi yis beta-glukan untuk mengaktifkan tindak balas imun dan mempertahankan diri daripada jangkitan dan selsema.

Selain itu, Provital Immuna Plus juga mempunyai kebaikan tambahan dari selenium serta vitamin C untuk menguatkan sistem imun.

Kandungan kalsium dan protein yang tinggi turut membantu menggalakkan perkembangan tulang dan otot yang kuat.

Dengan 204mg yis beta-glukan bagi setiap dua hidangan, Provital Immuna Plus dapat membekalkan nutrien mencukupi untuk meningkatkan imun pengguna.

Formulasi inovatif dan kemudahan harian menjadikannya pilihan tepat bagi individu yang ingin mengawal kesihatan imun mereka.

Nikmati manfaat kesihatan imun, kekuatan fizikal dan penuaan lebih sihat dengan Provital Immuna Plus untuk kehidupan aktif serta memuaskan.

Didapati dalam saiz 480g dan 960g, dapatkan Provital Immuna Plus di pasar raya terkemuka, kedai ubat Cina dan farmasi berdekatan atau menerusi platform e-dagang Mead Johnson, Shopee dan Lazada

Untuk maklumat lanjut mengenai Provital Immuna Plus dan Kalkulator Imuniti, layari www.provital.com.my atau Facebook Provital Malaysia.

*Manfaat dari tiga nutrien: yis beta-glukan, selenium dan vitamin C

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 4:00 PM