Hanis Aliaa Hidzir

JENAMA minuman malt coklat berkhasiat terkemuka Malaysia, MILO® merealisasikan impian ribuan rakyat Malaysia untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun Sabtu lalu.

Berlangsung di Sunway Pyramid, acara itu meraikan kolaborasi MILO® dan Park Seo-Jun menerusi varian pek stik MILO® untuk memenuhi keperluan apa jua gaya hidup pada bila-bila masa dan ke mana sahaja.

Varian ini merangkumi MILO® 3-in-1, MILO® Original, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Less Sugar dan MILO® HI-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna termasuk Park Seo-Jun yang menjalani gaya hidup aktif.

Sejak mengenali MILO®, Park Seo-Jun sudah menjalinkan ikatan istimewa dengan minuman kegemaran Malaysia itu dan menjadikan varian pek stik MILO® pilihannya untuk kekal aktif.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad Ng Su Yen berkata, mereka gembira kerana berpeluang membawa Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia yang mana Malaysia merupakan pasaran MILO® terbesar di dunia.

"Sesiapa yang menggemari MILO® merupakan sahabat MILO®. Justeru, kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO® Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian MILO® kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya," kata Ng Su Yen.

Majlis itu turut menampilkan persembahan lagu MILO® baharu, 'Kitalah Juara' dari Sahabat MILO® yang lain dan acara kemuncak adalah kehadiran Sahabat MILO® Park Seo-Jun yang berkongsi keterujaan dan cara kegemarannya menikmati MILO®.

"Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa MILO® adalah jenama kegemaran rakyat Malaysia.

"Selepas merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari MILO®", kata Park Seo-Jun.

Aktor kacak itu turut mendapat sorakan gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO® dengan slogan 'Jom Minum MILO®'.

Sementara itu, pengunjung Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman MILO® percuma daripada van MILO®, serta bahan-bahan promosi menampilkan Park Seo-Jun.

Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi MILO® x Park Seo-Jun, layari https://www.milo.com.my/ms/kolaborasi-bertenaga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2023 @ 8:55 AM