Kakitangan Media Prima Berhad mendapatkan minuman MILO® percuma mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Kakitangan Media Prima Berhad mendapatkan minuman MILO® percuma mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Hanis Aliaa Hidzir

MILO® baru-baru ini meraikan rakyat Malaysia yang kembali ke pejabat selepas sekian lama bekerja dari rumah berikutan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi inisiatif #BalikOfisMinumMilo, MILO® mengaktifkan semula perkhidmatan van MILO® dan memberi air percuma kepada pekerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO® Nestlé (Malaysia) Berhad, Catherine Yap berkata, selain meraikan pekerja, kempen ini juga bertujuan mengingatkan kepentingan bersarapan pagi bagi menghadapi kesibukan hari dengan bertenaga.

ImagePengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO® Nestlé (Malaysia) Berhad, Catherine Yap.

"Setelah sekian lama bekerja dari rumah dengan jadual kerja yang semakin padat, pasti ramai sedar bahawa keperluan tenaga di pejabat juga kian meningkat.

"Dengan jadual kerja yang kini kembali padat, keperluan tenaga ketika bekerja di pejabat yang semakin bertambah juga harus dipenuhi.

"Justeru, MILO® ingin membekalkan tenaga melalui kebaikan produk MILO® yang diperbuat daripada malt, susu, koko serta gabungan vitamin dan mineral penting," kata Yap ketika kunjungan perkhidmatan van MILO® di perkarangan Sri Pentas pada Isnin lalu.

Menurut Yap, dengan MILO® Mixes dalam format stik pek pengguna kini dapat menikmati minuman berkhasiat ini dengan lebih mudah selain sesuai dijadikan pembekal untuk kekal aktif di tempat kerja.

Image

Jelasnya, terdapat empat variasi MILO® Mixes yang setiap satunya mempunyai kelainan masing-masing.

"MILO® with Whole Grain Cereal, padat dengan bijian penuh supaya tahan kenyang lebih lama.
MILO® Less Sugar dengan kandungan 25 peratus kurang gula berbanding MILO® biasa.

"Bagi anda yang sukakan rasa MILO® 'ori', terdapat MILO® Stik Pek, atau jika mahukan MILO® yang lebih 'kaw', kami ada MILO® 3-in-1.

"Walau apa pun MILO® kegemaran anda, pastinya ada varian MILO® Mixes untuk setiap individu," kata Yap.

Ayuh kongsikan kebaikan MILO® Mixes stik pek dengan rakan sepejabat untuk kekal bertenaga di tempat kerja.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi MILO®.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 November 2021 @ 1:36 PM