Hanis Aliaa Hidzir

SEBAGAI peneraju teknologi global, HUAWEI sentiasa komited membantu pengguna membina kehidupan terhubung dan pintar sepenuhnya selain mengukuhkan strategi 'Seamless AI Life' dan konsep HUAWEI 1+8+N atau kini dikenali sebagai HUAWEI 'SuperDevice'.

Kini, HUAWEI tampil dengan model terbaharu bagi mengukuhkan rangkaian komputer ribanya yang dilancarkan sepanjang 2021 iaitu HUAWEI MateBook 14s.

HUAWEI MateBook 14s merupakan komputer riba yang dipacu prestasi serba lengkap bagi memenuhi keperluan profesional untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Paparan skrin yang mantap

Dilengkapi skrin paparan penuh definisi dengan bezel sempit di bahagian tepi, MateBook 14s bakal memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan kepada pengguna.

Resolusi 2.5K berukuran 2520x1680 dan ketumpatan piksel luar biasa pada 213 ppi juga akan mempamerkan perincian terbaik bagi menyokong imej dan video resolusi tinggi.

Dengan kadar penyegaran sehingga 90Hz, MateBook 14s juga dapat memberikan pergerakan dan visual lebih lancar serta kandungan yang lebih jelas.

Ia turut dilengkapi dengan ciri penukaran kadar segar semula secara pintar antara 90Hz kepada kadar penyegaran yang lebih rendah (60Hz) untuk prestasi penjimatan kuasa.

Mempunyai nisbah skrin-ke-badan 90 peratus dengan nisbah skrin 3:2, komputer riba ini direka dengan proses pematerian laser inovasi HUAWEI lengkap dengan kamera IR 720P pada bezel atas untuk pengecaman muka.

Peranti ini juga dilengkapi pelarasan kecerahan pintar dengan pensijilan keselesaan dwi mata iaitu TUV Rheinland cahaya biru rendah (penyelesaian perkakasan) dan pensijilan bebas kerlipan.

Pelaras kecerahan pintar pada komputer riba akan melaras cahaya ke tahap yang betul ketika pengguna menonton video dalam gelap atau bekerja dalam persekitaran malap.

Ciri keselesaan dwi mata pula akan mengurangkan keletihan mata dan meminimumkan pancaran cahaya biru berbahaya sekali gus melindungi mata apabila terlalu lama terdedah kepada skrin.

Pamer prestasi terbaik

MateBook 14s dikuasakan oleh Intel® Core™ Generasi ke-11 yang tersedia dalam dua pilihan iaitu Intel® Core™ i5-11300H dan Intel® Core™ i7-11370H (Intel® Evo™) yang mana pengguna boleh memilih bagi mendapatkan prestasi terbaik sesuai dengan tugasan harian.

Dengan hayat bateri yang panjang dan menyokong HUAWEI SuperCharge, peranti ini dapat menyediakan bateri mencukupi untuk tiga jam produktiviti dengan hanya 15 minit pengecasan.

Penyesuai kuasa peranti ini juga menjadikan perjalanan menjadi lebih mudah dan pengguna tidak lagi perlu risau tentang peranti kehabisan bateri ketika perjalanan.

Komputer riba ini turut dilengkapi empat pembesar suara HUAWEI SOUND® yang menggunakan pembiakan medan bunyi bagi menguatkan saluran bunyi seterusnya menghasilkan bunyi sekeliling maya yang terbaik.

Sistem audio peranti ini juga menawarkan empat mod pra tetap membolehkan pengguna meningkatkan pengalaman audio ketika mendengar muzik, bermain permainan video, menonton filem serta membuat panggilan.

Selain itu, terdapat empat mikrofon di sepanjang tepi komputer riba bagi menangkap bunyi daripada sumber sejauh lima meter dari peranti serta membolehkan pengguna didengari dengan jelas ketika panggilan persidangan.

Teknologi peningkatan suara peribadi HUAWEI pula membolehkan peranti mengasing dan meningkatkan vokal pengguna secara bijak apabila bercakap menerusi mikrofon sekali gus dapat didengari dengan kuat dan jelas walaupun berada di persekitaran yang bising.

MateBook 14s turut menampilkan sokongan skrin penuh memberikan pengguna pengalaman seperti menggunakan telefon pintar ketika mengendalikan tugasan menerusi aplikasi atau kolaborasi pelbagai skrin.

Inovasi teknologi yang hebat

Antara inovasi hebat terdapat pada MateBook 14s ialah ciri kolaborasi pelbagai skrin yang membolehkan pengguna bekerja, melakukan tugasan harian serta berhibur dengan lebih cekap.

Pengguna dapat melakukan pelbagai tugasan dengan peranti berbeza, bekerja dan bermesyuarat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pemindahan data juga lebih mudah apabila fail boleh dikongsi antara peranti termasuk telefon pintar dan tablet dengan hanya menyeret dan lepas pada satu skrin yang mana kandungan akan terus disalin dan ditampal tanpa perlu bertukar antara dua peranti berulang kali.

Pengguna telefon pintar boleh menggunakan kolaborasi pelbagai skrin dan berkongsi hotspot serta fail sandaran untuk gambar dan video yang disimpan di dalam Galeri.

Untuk penggunaan harian, pengguna bukan sahaja boleh mengawal telefon pintar malah dapat mengakses aplikasi di telefon pintar menerusi komputer riba.

Menerusi pengurus komputer riba juga, pengguna dapat menggunakan mod cermin, mod lanjutan atau mod kolaborasi dengan hanya membuka fail yang disimpan dalam tablet.

Pengguna juga boleh membuka tiga tetingkap mudah alih pada paparan komputer riba serta mengendalikan pelbagai tugasan dalam satu paparan sekali gus meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Pengguna turut boleh menggunakan komputer riba untuk menjawab panggilan audio dan video yang diterima di telefon pintar ketika sedang sibuk dengan tugasan.

Ikon pemacu telefon pintar akan muncul antara papan pemuka yang mana pengguna boleh menyemak dan mengawal dokumen seolah-olah menggunakan pemacu pada komputer riba.

Dari aspek hiburan, pengguna dapat menikmati pengalaman menonton filem dan bermain permainan video terbaik dengan skrin dan sistem audio pada MateBook 14s.

Menampilkan pengurus komputer riba dikemas kini, peranti ini boleh bekerjasama dengan rangkaian peranti yang lebih luas selain boleh mengurus peranti yang disambungkan dengan lebih cekap.

Lebih menarik, MateBook 14s merupakan komputer riba pertama yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi mudah alih pada komputer riba untuk paparan lebih besar dan luas dengan HUAWEI FullView terutama bagi mereka yang bermain permainan mudah alih.

Nikmati juga pemindahan fail tanpa menggunakan kabel dengan HUAWEI Share yang mana pengguna boleh berkongsi foto, video dan fail dengan cepat dan mudah antara komputer riba dan peranti lain.

Pra tempah MateBook 14s

Image

HUAWEI MateBook 14s kini tersedia untuk pra tempahan bermula dari RM4,999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,366 termasuk HUAWEI FreeBuds Pro, tetikus Bluetooth HUAWEI, HUAWEI Backpack serta langganan Microsoft Office 365 selama satu tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14s, layari HUAWEI Store Online atau HUAWEI Flagship Store di Lazada.

Anda juga boleh ke HUAWEI Experience Store berdekatan untuk merasai sendiri HUAWEI MateBook 14s!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 4:10 PM