Dari kiri Pengurus Rakan Kongsi, Penstoran Awan dan Kecerdasan Buatan, Huawei Malaysia, Chaang Yunhua; Chee Siong, KY Lim dan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif  HOMEVEST, Datuk Marcus Low.
Dari kiri Pengurus Rakan Kongsi, Penstoran Awan dan Kecerdasan Buatan, Huawei Malaysia, Chaang Yunhua; Chee Siong, KY Lim dan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST, Datuk Marcus Low.

Kuala Lumpur: Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi perkongsian strategik untuk melaksanakan penyelesaian inovatif dalam pembangunan bandar pintar.

Menerusi perjanjian itu Bandar Pintar HOMEVEST akan dilengkapi dengan infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh Huawei untuk mengoptimumkan kedayatahanan ekonomi serta persekitaran sekali gus meningkatkan kualiti hidup pelanggan mereka.

Bagi pembangunan Bandar Pintar HOMEVEST, Huawei akan menyediakan pelbagai jenis produk dan penyelesaian ICT, termasuk modul komunikasi dan sistem pengendalian IoT, akses berwayar dan tanpa wayar, rangkaian tangkas, pusat data teragih berasaskan awan dan platform Data Besar.

Naib Presiden, Penstoran Awan (Cloud) dan Kecerdasan Buatan (AI) Huawei Malaysia, Lim Chee Siong berkata, program berkenaan adalah demi memastikan gerak gempur transformasi digital sesama organisasi.

"Kolaborasi dengan HOMEVEST akan menyaksikan inovasi usahasama bagi pembangunan kepintaran hiburan dan penyampaian kandungan digital, penyelesaian berkaitan teknologi Huawei 5G, Awan dan Al.

"Kami bersedia untuk menyediakan kepakaran dan sokongan dengan jalinan kerjasama bagi memastikan kejayaan projek ini," katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim pula optimis dan bangga dengan kerjasama terjalin dengan syarikat gergasi teknologi komunikasi dari China itu.

"Perkongsian itu sejajar sepenuhnya dengan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus HOMEVEST. Dasar dan visi kami ialah untuk mebentuk komuniti 'smart living' dengan hubungan yang erat." katanya.

Manakala, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST, Datuk Marcus Low pula percaya pakatan strategik itu seiring dengan impian dihajati.

Untuk berita dan maklumat terkini mengenai HOMEVEST, sila ikuti perkembangan kami melalui laman web HOMEVEST: www.homevestglobal.com atau media sosial: https://www.facebook.com/HomevestGlobal.

Huawei Cloud pula menjadi syarikat pembekal khidmat Awan Awam Global utama yang seiring dengan jenama itu sejak 30 tahun lalu. Malah turut bersemangat menyediakan mutu awan yang berpatutan, berkesan dan dipercayai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 9:56 AM