KOLAM sekitar Empangan Semenyih.
KOLAM sekitar Empangan Semenyih.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


BUNTU memikirkan aktiviti riadah lain yang boleh dilakukan pada hujung minggu.

Apa kata anda berjinak-jinak dengan aktiviti memancing kerana pastinya akan membuatkan anda berasa seronok.

Malah aktiviti ini juga boleh membuat anda 'ketagih' dan mahu mengulanginya lagi.

Lebih-lebih lagi apabila pancing berjaya mendaratkan spesies ikan yang diinginkan.

Lima lokasi memancing menarik untuk kaki pancing di Selangor

1- Kolam sekitar Empangan Semenyih

Empangan ini dikelilingin tasik buatan terletak di daerah Hulu Langat.

Saiz tasik yang besar dan luas menyebabkannya kawasan kolam ikan sekitarnya sering menjadi pilihan kaki pancing melepaskan gian memancing.

Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar di tasik berkenaan dan dipercayai menjadi lubuk ikan toman.

Kaki pancing yang baru berjinak-jinak memancing toman, ini lokasinya.

Keagresifan ikan toman menyambar mata kail menyebabkan kaki pancing gian untuk memancing di kawasan itu.

PANTAI Acheh, Pulau Indah.
PANTAI Acheh, Pulau Indah.

2-Pantai Acheh, Pulau Indah

Kewujudan pantai ini kurang diketahui umum tetapi mempunyai keistimewaan dari segi pemandangan laut dan landskap pantai yang menarik.

Kelebihan ini menjadikan pantai itu sesuai sebagai lokasi aktiviti riadah seperti parasiling atau memancing.

PULAU Angsa Kuala Selangor.
PULAU Angsa Kuala Selangor.

3-Pulau Angsa Kuala Selangor

Pulau Angsa salah satu pulau kecil di Selat Melaka yang terdapat di Kuala Selangor.

Terdapat istana hinggap di pulau berkenaan yang menjadi persinggahan Sultan Selangor 10 tahun lalu.

Kejernihan air di pulau berkenaan menampakkan anak ikan mengelilingi jeti istana berkenaan.

Difahamkan Pulau Angsa berada pada kedudukan strategik lokasi ikan.

Antara spesies ikan ditemui di pulau berkenaan termasuk jenahak, kerapu, kembung dan pari.

TANJUNG Harapan .
TANJUNG Harapan .

4-Tanjung Harapan

Pantai seluas dua kilometer (km) ini terletak di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Klang Golf Resort.

Ia satu lokasi pemandangan tepian pantai berbatu sesuai untuk aktiviti beriadah termasuk memancing ikan.

Selain itu adalah lokasi strategik menyaksikan matahari terbenam sambil memancing ikan di jeti yang berada di sepanjang persisiran Tanjung Harapan.

PANTAI Morib.
PANTAI Morib.

5-Pantai Morib

Ia salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Selain itu, pantai peranginan ini menjadi tempat pilihan kaki pancing untuk menaikkan ikan gelama.

Malah lokasi itu juga sesuai untuk aktiviti kanak-kanak mengutip cengkerang atau ketam kecil. Tetapi perlu menunggu waktu untuk air di pantai ini surut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2024 @ 6:20 AM