Pelakon, Amyra Rosli. FOTO Rohanis Shukri
Pelakon, Amyra Rosli. FOTO Rohanis Shukri
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Amyra Rosli kini lebih memahami mereka yang dikurniakan cahaya mata atau menjadi penjaga kepada pesakit-pesakit autisme.

Pelakon drama Bunga Salju itu juga menyuarakan pendapatnya dan mengajak masyarakat agar tidak menyisihkan mereka yang menghidap penyakit ini.

"Sebenarnya, apabila kita berlakon, kita belajar banyak benda. Sebenarnya, orang autisme ini, jangan kita sisihkan. Mereka pun mahukan kehidupan normal. Cuma, keistimewaan mereka itu mematangkan diri kita terutamanya penjaga-penjaga mereka.

"Saya berikan rasa hormat kepada mereka, ibu bapa yang memiliki anak autism," katanya kepada Harian Metro.

Dalam drama Bunga Salju, Amyra memainkan peranan sebagai isteri kepada suami yang juga pesakit autisme, lakonan Hisyam Hamid dan drama itu banyak mengubah persepsinya.

"Dahulu dan sekarang berbeza. Dahulu saya hanya tengok, tapi lepas faham, saya rasa untungnya mereka yang ada anak austisme kerana banyak pahala yang mereka dapat kerana nak menjaganya tak mudah," katanya.

Bagi menjiwai watak sebagai isteri dan penjaga pesakit autisme, Amyra juga berpeluang mendekati mereka yang benar-benar menggalas tanggungjawab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2024 @ 2:40 PM