Perkongsian Intan Najuwa di media sosial
Perkongsian Intan Najuwa di media sosial
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon Intan Najuwa menepis dakwaan dirinya kini berbadan dua sebaliknya menjelaskan penambahan berat badan selepas mendirikan rumah tangga.

Memuat naik perkongsian bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman dalam kereta, pelakon itu disangka netizen kini sedang hamil apabila perutnya kelihatan 'berisi'.

"Kenapa nampak macam ada 'baby bump'? Kalau ada.. Alhamdulillah," kata seorang peminatnya.

Tidak melenting dengan dakwaan berkenaan, pelakon berusia 27 tahun itu menjawab soalan netizen dengan memberikan jawapan secara berseloroh.

"Alamak! Itu bukan baby bump, itu 'food bump'. Baru lepas makan nasi orang kahwin (kenduri). Baju yang sendat, macam nak terkoyak dah," tulis Intan.

Terdahulu, sejak mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu di sebuah resort di Desaru, Johor, Intan sering menjadi sorotan orang ramai apabila dilihat kerap dimanjakan dengan kehidupan mewah oleh suaminya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 6:38 PM