Arwah Romi (kiri). Rosnah Mat Aris (kanan).
Arwah Romi (kiri). Rosnah Mat Aris (kanan).
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Pelakon veteran Rosnah Mat Aris, 68, memberitahu anak sulungnya, Romi Sofha Rastam Shaharom, 50, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Menurut pelakon filem 3 Janda Melawan Dunia itu, Allahyarham Romi mengalami sesak nafas ketika menaiki motosikal di Kuala Lipis dan dalam perjalanan untuk ke Cameron Highlands, Pahang.

"Saya dapat tahu berita kematian arwah Romi dari anak bongsu.

"Dia pula dapat tahu berita pemergian arwah daripada rakan konvoi motosikalnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengenai urusan jenazah arwah pula, kata Rosnah, ia sudah selesai di hospital Kuala Lipis dan mereka juga sudah membawa pulang jenazah di rumah dekat Kampung Puah, Gombak.

  "Jenazah arwah Romi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Puah, Gombak pada jam 9 pagi," katanya.

Alllahyarham Romi yang juga anak sulung dari empat beradik itu adalah anak Rosnah dari perkahwinan terdahulu.

Dia yang berstatus duda juga meninggalkan tiga anak.

 Selepas bercerai, Rosnah juga sudah berkahwin semula dengan Tajul Efendie Isa, 42, atau lebih mesra disapa Blue.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 8:28 AM