Kuala Lumpur: Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki berkongsi pendapat dan teguran terhadap pelakon, Mawar Rashid yang kini mengumumkan tidak mampu beristiqomah dan memilih untuk tidak bertudung.

Dalam hantaran di Instagram, pendakwah itu berkongsi mengenai ujian daripada Allah kepada hamba-Nya yang mula taat kepada perintah-Nya tidak seharusnya membuat individu itu kembali kepada maksiat.

"Bukan begitu untuk menjadi penghuni syurga wahai muslimah. Jadikanlah diri kita sebagai manusia yang istiqomah dengan Islam.

"Apabila kita taat, sudah tentu kita akan diuji dengan ujian. Saat itu jangan kita kembali membuat maksiat," tulisnya.

Menurut Dusuki, Mawar tidak seharusnya mengalah dengan ujian kerana ujian itu mengangkat darjat.

"Apabila kita sudah menutup aurat, istiqomahlah dengan taat. Bukan kita mengalah sehingga kembali membuat maksiat! Ujian itu akan mengangkat darjat!" tulisnya.

Terdahulu, Mawar Rashid berkongsi luahan rasa kecewa dan sedih kerana tidak mampu beristiqomah selepas beberapa tahun berhijrah dari sudut penampilannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2023 @ 11:54 AM