Zulin Aziz
Zulin Aziz
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon, Zulin Aziz mengakui kerap ditanya mengenai anak sebenarnya menyinggung perasaan walaupun usia perkahwinannya belum mencecah setahun.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz yang berkahwin dengan Farhan Norzaini pada 20 Februari lalu berkata, dia berharap netizen mendoakan agar dia dikurniakan anak secepat mungkin.

"Februari ini, baru setahun saya berkahwin. Orang lain bertahun-tahun cuba dapatkan anak sampai dah lali dengan pertanyaan orang.

"Mungkin saya yang masih baru ini, terasa hati tu adalah. Namun, lama-kelamaan bila dah orang hari-hari tanya, kita dah macam tak apalah abaikan saja.

"Dari anggap negatif, terus berubah jadi positif dan mohon mereka doakan. Apatah lagi, kami pun bukan tak nak anak atau rancang nak anak dua tiga tahun lagi.

"Kami memang kalau boleh nak anak terus tapi tak ada rezeki lagi. Saya berharap sangat netizen yang bijaksana di luar sana, daripada tanya saya bila nak dapat anak, lebih baik tadah tangan sekejap saja doakan untuk saya," katanya.

Menurut Zulin, orang ramai sepatutnya lebih peka sebelum melontarkan soalan berbaur sensitif, terutama isu peribadi soal hubungan, perkahwinan dan anak.

Berkongsi mengenai keguguran yang dialami pada Ogos tahun lalu, Zulin berkata, dia mengalami sakit perut tetapi tidak mengetahui dirinya sedang hamil.

"Ikutkan kehamilan saya itu tak sampai sebulan lagi. Waktu itu, saya tak tahu yang saya dah hamil tapi tiba-tiba rasa sakit perut memulas.

"Selepas itu, 'period' (datang haid) saya datang lambat tapi dah tak ada rezeki. Mungkin kebetulan ketika itu, saya bergerak lasak sebab baru saja pindah rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2023 @ 4:13 PM