Kazar Saisi.
Kazar Saisi.

Kuala Lumpur: Dikecam, ditekan dan diasak dari pelbagai arah.

Itu yang berlaku terhadap pelakon veteran, Kazar Saisi ketika selepas kontroversi membabitkan perkahwinan anaknya Ira dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Kazar menerusi Instagram memuat naik hantaran yang menggambarkan perasaan dan emosi yang dilaluinya sekarang.

"Rehat jap... penat kena buli... huhu... cu (see you) at some fine day... kikiki," tulisnya.

Terdahulu, pelakon yang popular dengan watak Pak Samad menerusi drama 7 Hari Mencintaiku ini menjadi bahan kecaman pelbagai pihak terutamanya selepas Syamsul mendedahkan Kazar menjadi wali isteri keduanya ini.

Semakan di Instagram Kazar mendapati dia sering membuat perkongsian kelakar dan kemasyarakatan yang turut mendapat komen rakan-rakan penggiat seni.

Bagaimanapun, komen-komen ini dihadkan kepada segelintir pengikut saja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 11:13 AM