Kazar Saisi
Kazar Saisi
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Seakan kisah diri sendiri! Begitulah yang berlaku terhadap pelakon Kazar Saisi yang turut terkena tempias perkahwinan kontroversi anaknya Ira dengan pengarah Syamsul Yusof.

Sejak pendedahan Syamsul mengenai perkahwinannya semalam, netizen kembali melakukan 'kerja rumah' termasuk mencari semula babak drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku yang menampilkan Kazar sebagai Pak Samad bersama Sean Lee (Dr Adam).

Dr Adam mengajukan dialog "Mia bahagia ke Pak Samad? Ia dijawab oleh Pak Samad "Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain."

Dr Adam bertanya lagi "Habis tu kenapa dia tak nak pergi saja. Ini semua tak adil untuk Mia."

Pak Samad kembali menjawab "Bila seorang isteri tu reda, dia tak perlu pergi pun."

Jawapan ini membuatkan Dr Adam tidak berpuashati dan berkata "Mia reda? Untuk apa dia nak berkorban? Pak Samad menjawab "Untuk dapatkan syurga buat diri dia. Dia lebih kenal suaminya dan nak harungi susah senang bersama."

Dialog yang diucapkan ini seolah-olah kena dengan situasi yang berlaku membabitkan Kazar dan anaknya Ira serta menantunya Syamsul.

Perkongsian dari Instagram ini mendapat lebih 17,000 tanda suka dan hampir 1,000 komen.

Kebanyakan komen pula menghentam Kazar seperti ditulis oleh mama_qishaputih.

"Pak Samad cuma pandai bercakap saja. Hakikat Pak Samad menyokong anaknya...tak guna Pak Samad...eee drama ni bila nak sambung lagi. Geram pulak kita," tulisnya.

Terdahulu Syamsul semalam menyebut Kazar menjadi wali pernikahan mereka yang berlangsung di Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 1:38 PM