Aina Abdul
Aina Abdul

Kuala Lumpur: Fesyen digayakan penyanyi dan komposer berkaliber, Aina Abdul, 29, pada Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37) kelmarin dipuji ramai sehingga dia dilabel 'bidadari' berbanding fesyennya sebelum ini yang dikatakan mengarut.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani cukup anggun mengenakan gaun yang dipenuhi mutiara, selain teknik solekannya turut menyerlahkan lagi kejelitaan penyanyi itu.

"Macam ini menakjubkan. Sangat elegan dan 'another level'," puji seorang warga maya.

"Paling cantik dan sopan antara persalinan yang lain," tulis seorang lagi netizen.

"Kekalkan gaya macam ini lebih cantik dan tak berlebihan," tulis seorang pengikut media sosial Aina.

"Cantiknya macam ini dah cukup tak perlu nak fesyen-fesyen mengarut," kata ssorang lagi warganet, sekali gus menjadi antara komen diterima Aina menerusi hantaran fotonya di Instagram.

Sekali imbas, penampilan Aina juga dikatakan ada mirip dengan penghibur ternama, Datuk Seri Siti Nurhaliza terutama pada bahagian solekan.

"Serius, kamu nampak sangat menakjubkan Aina. Dari jauh nampak macam TokTi (gelaran mesra Siti Nurhaliza)," kata netizen.

"Wow cantiknya Aina! Tadi sekali imbas ingat CTDK rupanya Aina," demikian antara komen yang menyamakan penyanyi lagu Semalam ini dengan Siti.

Pada SFMM37 itu, Aina berjaya terpilih berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) menerusi lagu ciptaan sendiri, Terus Hidup. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 7:42 PM