Kasih Iris Leona.
Kasih Iris Leona.
Oleh Zaara Talita


Kuala Lumpur: Anak perempuan pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang sering terpalit dengan kontroversi meninggalkan Malaysia bagi menyambung pelajaran di luar negara.

Menerusi perkongsian di TikTok semalam, Leona menangis teresak-esak kerana berat hati untuk memulakan kehidupan baharu dan meninggalkan keluarga serta rakan-rakannya di Malaysia.

"Saya sangat sedih sebab saya akan tinggalkan Malaysia hari ini (semalam) untuk sambung belajar. Dari tadi saya tidak berhenti menangis.

"Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya," katanya.

Leona yang juga seorang selebriti media sosial terkenal berkata, dia belum mengemas pakaian dan keperluannya biarpun tinggal beberapa jam sebelum menaiki penerbangan ke luar negara.

"Saya akan berlepas tapi saya masih belum mengemas dan 'packing' barang-barang," katanya.

Sementara itu, Leona turut memaklumkan hubungannya dengan teman lelakinya bernama Ryan sudah berakhir sejak sebulan lalu.

Walaupun sudah berpisah, bekas kekasihnya itu turut sempat menghantar Leona di lapangan terbang.

"Kami sudah berpisah sejak sebulan yang lalu. Jadi, tolong berhenti bertanya mengenai dia," katanya.

Leona juga tidak menafikan bakal merindui bekas kekasihnya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 4:32 PM