GABRIELLE kemudian meninggal dunia pada 25 April lalu. FOTO Agensi
GABRIELLE kemudian meninggal dunia pada 25 April lalu. FOTO Agensi
Agensi

New York: Seorang anak kecil masih menanti kepulangan ibunya yang sebenarnya sudah meninggal dunia empat bulan lalu akibat Covid-19.

Leona yang berusia tiga tahun itu masih menunggu ibunya, Gabrielle Gayle, 34, kembali ke rumah mereka.

Lebih memilukan Gabrielle disahkan meninggal dunia ketika sedang hamil enam bulan, lapor CNN.

Suami wanita itu, Leon Gayle, 34, memaklumkan anak perempuannya itu hampir setiap hari tidak lupa untuk bertanyakan perkara itu sehingga dia sendiri sukar untuk memberikan jawapan.

"Setiap hari pasti dia akan bertanyakan, bila ibunya akan pulang ke rumah? Hampir setiap hari kami terpaksa memberitahu ibunya masih dirawat di hospital.

"Kami juga meminta dia berdoa agar ibunya kembali sihat dan dapat pulang semula ke rumah. Dia terlalu merindui ibunya," katanya.

Pada Mac lalu, Gabrielle dan Leon disahkan dijangkiti Covid-19 bersama beberapa ahli keluarga mereka yang lain.

Namun, lelaki itu hanya mengalami gejala ringan, tetapi keadaan isterinya yang mengandung berubah menjadi kritikal.

Gabrielle dimasukkan ke hospital pada 28 Mac lalu dan memerlukan bantuan mesin pernafasan. Beberapa hari kemudian, buah pinggang isterinya gagal berfungsi sehingga perlu didialisis.

Leon berkata, doktor memaklumkan isterinya boleh melahirkan anak namun pramatang.

Tetapi lelaki itu memilih untuk isterinya tidak melahirkan bayi itu kerana risiko kehilangan lebih banyak darah lebih tinggi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 6:30 AM