Azhar Sulaiman dan anaknya Leona.
Azhar Sulaiman dan anaknya Leona.

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan kerisauannya terhadap tindakan anaknya, Kasih Iris Leona yang kerap kali menimbulkan kontroversi di media sosial.

Dalam hantarannya di Facebook, Azhar menulis bahawa dia risau sekiranya Leona adalah individu yang 'bodoh' setiap hari.

"Ada orang, ada hari 'bodoh' dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang 'bodoh' setiap hari," tulisnya.

Leona yang juga YouTuber kerap kali terpalit dengan pelbagai kontroversi dan yang terbaharu, dikecam kerana berpakaian seksi.

"Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua! 

"Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya," tulisnya di Twitter.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 6:31 PM