Jeff A To Z
Jeff A To Z
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Walaupun sudah beberapa kali ditawarkan menyertai program Gegar Vaganza, kumpulan A To Z yang dianggotai Lan, Chap, dan Jeff tidak berhajat menyertai pertandingan itu.

Jeff berkata, mereka tidak layak bertanding dengan artis lain yang lebih besar pencapaiannya serta memiliki vokal hebat.

"Kami ini siapa nak lawan artis yang gila-gila hebat. Kami pun baru ada beberapa anugerah pun. Nak bertanding dengan yang memiliki vokal 'power', tak apalah.

"Kenal tak kenal, alhamdulillah saya sendiri masih cari makan dalam bidang seni. Kami sudah tidak mahu bertanding, kecewa kerana kalah, paling penting kami sudah komitmen lainlah," katanya.

Jeff berkata, dia pernah terdetik untuk keluarkan album solo tetapi mendapati kekuatannya lebih terserlah apabila berada bersama A To Z.

Dia juga pernah ditawar untuk menyanyi bersama adik-beradiknya Samzy dan Shaheizy Sam.

"Saya pernah cuba tapi memang tak boleh. Saya sudah selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya jaga masa sendiri dan tidak terikat," katanya.

Terbaru, karya Jeff dipilih menjadi tema program Awesome Raja Lawak selepas menghantar enam lagu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 3:59 PM