Daiyan dan Aedy menghadiri konsert Coldplay di Stadium Wembley, London, baru-baru ini mengundang persoalan ramai.
Daiyan dan Aedy menghadiri konsert Coldplay di Stadium Wembley, London, baru-baru ini mengundang persoalan ramai.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Kemesraan dua pelakon popular, Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf yang menghadiri konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay di Stadium Wembley, London, baru-baru ini mengundang persoalan ramai.

Keakraban dua pelakon itu turut dapat disaksikan di Instagram masing-masing apabila mereka memuat naik video dan gambar ketika menonton konsert berkenaan.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai status hubungan mereka sehingga ada yang mendakwa kedua-duanya sedang menyulam cinta.

"Aedy belanja Daiyan tiket konsert Coldplay di London. Seronoknya ada teman lelaki seperti Aedy," kata seorang pengguna akaun.

"Aku memang dah lama agak mereka berdua ini masih bercinta dari dulu. Mana pernah Aedy bercinta dengan Amelia Henderson," kata seorang lagi pengguna Instagram.

"Wow dengan Daiyan pula ke. Amelia jadi apa kesudahannya," kata seorang lagi netizen.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang mengecam Aedy dan Daiyan kerana tidak menjaga pergaulan antara satu sama lain.

Tidak kurang juga ada netizen yang tidak senang duduk apabila mendakwa Aedy bercuti dengan wanita lain selepas dikatakan putus cinta dengan Amelia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Daiyan mahupun Aedy tidak membalas sebarang komen netizen yang kebanyakannya membuat spekulasi mengenai status hubungan mereka.

Difahamkan, Daiyan ke ke New York, Amerika Syarikat minggu lalu sempena pelancaran sebuah produk jenama popular sebelum ke London.

Sebelum ini, Aedy mengundang perhatian ramai apabila membuat lamaran terbuka kepada Amelia untuk disunting sebagai kekasih di sebuah festival makanan sekitar Mac lalu.

Bagaimanapun, pada akhir Julai lalu, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.

Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam Instagram yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama tahun lalu.

Persoalan mengenai kisah cinta antara Aedy dan Amelia sehingga kini masih belum terjawab apabila pasangan drama Kisah Cinta Kita itu tidak mengesahkan mahupun menafikan semua spekulasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2022 @ 5:17 PM