Pelakon, Amelia Henderson. Foto Hazreen Mohamad
Pelakon, Amelia Henderson. Foto Hazreen Mohamad
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Amelia Henderson, 28, dan Aedy Ashraf, 30, terpinga-pinga apabila timbul dakwaan di media sosial yang dicetus netizen bahawa mereka bakal berkahwin.

Amelia berkata dia pun terkejut apabila hal itu sampai pengetahuannya padahal mereka sendiri tiada pun mengumumkan sebarang perancangan sebegitu.

"Netizen ini sangat menarik dan menghiburkan. Saya pernah terbaca komen, mereka tuduh saya bercinta dan hancurkan hati seorang pelakon lelaki ini. Saya rasa mereka banyak dapat cerita yang saya sendiri tak tahu.

"Bila baca komen di TikTok saya nak kahwin, saya tengah kerja, saya tak tahu langsung. Jadi bagi saya, mereka memang suka reka cerita. Kadang-kadang saya terhiburlah," katanya.

Amelia yang ditemui pada pratonton dan sidang media siri One Million Dollar Voice berkata ibunya yang hantar komen itu kepadanya dan bagi tanda soal kepadanya.

"Saya hantar kepada Aedy, bagi tanda soal. Saya tanya sama ada dia tahu tak cerita itu Ramai tahu kami memang sudah sangat rapat sekian lama. Hubungan kami sangat baik, dia penyokong kuat saya, dan bersyukur dia ada dalam kehidupan saya.

"Latar belakang kehidupan dia terlalu sama dengan saya. Dua-dua berlakon sejak kecil, hadapi cabaran sama meningkat remaja, semua depan kamera dan khalayak. Jadi, dia memang paling memahami kedudukan saya.

"Tapi kalau kata kami ada apa-apa nak umumkan, kami pasti umum. Ini orang lain tolong umum. Saya memang tak tahu pasal itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 3:23 PM