Dari kiri Dolla, Khai Bahar (dua kanan) dan Shiha memenangi anugerah Top Top MeleTop AME2021. FOTO Zaara Talita
Dari kiri Dolla, Khai Bahar (dua kanan) dan Shiha memenangi anugerah Top Top MeleTop AME2021. FOTO Zaara Talita
Norhayati Nordin


Putrajaya: Penyanyi, Khai Bahar dan Shiha Zikir masing-masing dinobatkan Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Khai Bahar memenangi tiga anugerah di AME2021
Khai Bahar memenangi tiga anugerah di AME2021

Pada acara itu, Khai turut memenangi dua kategori Penyanyi MeleTOP dan Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini #123 - Khai Bahar.

Sementara, Shiha pula unggul memenangi empat trofi menerusi kategori Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP menerusi filem Hantu Bonceng, Duo/Berkumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP bersama Noki K-Clique menerusi AEWO.

Bagi kategori utama Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan, kemenangan berpihak kepada kumpulan Dolla yang popular dengan lagu Make You Wanna, Impikan dan Watch Me Glow.

Kategori Artis Baharu MeleTOP pula dimenangi Dini Schatzmann. Pasangan pelakon Emma Maembong dan Muhammad Shazli memenangi trofi Couple MeleTOP manakala, Wany Hasrita menang trofi Video MeleTOP.

Selain itu, Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP dimenangi Hamid Gurkha, manakala Anugerah Legend Muzik MeleTOP, Roslan Aziz dan Anugerah Khas MeleTOP, Datuk Aznil Nawawi.

DE Fam menjayakan persembahan pembukaan di AME. FOTO Ihsan De Fam
DE Fam menjayakan persembahan pembukaan di AME. FOTO Ihsan De Fam

Malam AME 2021 yang dihoskan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi senior seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Manakala, persembahan lain pula membabitkan barisan penyanyi popular seperti Yonnyboii, Bunga Isme, Zizi Kirana, Dolla, Aina Abdul, Hael Husaini, De Fam Siti Nordiana dan ramai lagi.

SENARAI PEMENANG AME 2021

• Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar

• Top Top MeleTOP Wanita: Shiha

• Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan: Dolla

• Artis Baharu MeleTOP: Dini Schatzmann

• BBNU MeleTOP: Alyssa Dezek

• Couple MeleTOP: Emma Maembong & Muhammad Shazli

• Si Cilik MeleTOP: Ariana Aubrey & Karl Kareef

• Grup/Duo MeleTOP: Shiha Zikir & Noki K-Clique

• Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar

• Lagu MeleTOP: AEWO -Shiha Zikir & Noki K- Clique

• Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini #123 - Khai Bahar

• Drama MeleTOP: Kampung Pisang Bersiri-Siri

• Hos MeleTOP: Jihan Muse

• Pelakon MeleTOP: Fasha Sandha

• Bintang Filem MeleTOP: Shiha Zikir (Hantu Bonceng)

• Filem MeleTOP: Ada Apa Dengan Dosa

• Video MeleTOP: Wany Hasrita

• Influencer MeleTOP: Dr Say

• Artis Versatil MeleTOP: Shiha Zikir

• Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP: Hamid Gurkha

• Anugerah Legend Muzik MeleTOP: Roslan Aziz

• Anugerah Khas MeleTOP: Datuk Aznil Nawawi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2022 @ 12:27 AM