Khai Bahar.
Khai Bahar.
Najiy Jefri


Petaling Jaya: Penyanyi popular Khai Bahar berjaya mendominasi senarai akhir lima pencalonan pada Anugerah MeleTOP Era edisi kelapan juga AME 2021 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Januari ini.

Lima kategori berkenaan adalah Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP. 

Dalam pada itu, kumpulan yang kian popular, Dolla dan penyanyi Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat kali pertama dalam empat kategori. 

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, sebagai penambahbaikan dan memberi nafas baharu untuk edisi tahun ini, AME2021 bakal menampilkan kelainan besar dari segi kategori utama.

"Kelainan besar yang akan kami tampilkan tahun ini adalah kategori utama iaitu Top Top MeleTOP yang mana kategori berkenaan akan turut dinilai oleh juri. Ia berikutan kami tidak mahu mendengar rungutan seperti wajah sama saja yang menang setiap tahun.

"Jadi kali ini, kami nak lebih telus dengan adanya kehadiran juri yang akan menguatkan lagi pemilihan pemenang yang layak, disamping undian peminat. 

"Keputusan ini turut dibuat bagi mengangkat kredibiliti kemenangan ke tahap yang lebih tinggi apabila keputusan akhir akan dinilai secara profesional oleh barisan panel juri berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tanah air," katanya ditemui pada sidang media diadakan, hari ini.

Anugerah yang disiarkan di platfrom Astro Ria, Astro 4K UHD, Astro Go, On Demand dan Sooka itu masih mengekalkan dua selebriti terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara bersama gandingan baharu mereka iaitu pelakon Sherry Al Hadad.

Manakala acara kemuncak AME2021 pula bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi yang mewakili generasi 'lejen' dan 'BBNU' seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Bunga, Yonnyboii, Zynakal serta ramai lain. 

Berikut senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021):

Penyanyi Meletop Era

1. Amir Masdi (Asmara)

2. Ernie Zakri (Gundah, Boneka)

3. Haqiem Rusli (Adlina Marie, Bangkit, Mimpi)

4. Khai Bahar (Durja)

5. Siti Nordiana (Angkara)

Bintang Filem Meletop

1. Fattah Amin (Mimiland)

2. Kamal Adli (Superbike)

3. Sharnaaz Ahmad (Jebat)

4. Shiha Zikir (Hantu Bonceng 2.0)

5. Syahmi Sazli (Mael Totey The Movie)

Pelakon Meletop

1. Dini Schatzmann (A.I In Love)

2. Fasha Sandha (Sihir Pemisah)

3. Mira Filzah (Bidadari Kiriman Tuhan)

4. Uyaina Arshad (Perempuan Tanpa Dosa)

5. Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)

Artis Baharu Meletop

1. Dini Schatzmann (A.I In Love)

2. Dolla (Dolla Make You Wanna)

3. Meerqeen (Angkara Cinta)

4. Nadhir Nasar (Tercipta Satu Ikatan)

5. Syahmi Sazli (Mael Totey The Movie)

Grup/Duo Meletop Era

1. Dolla (Dolla Make You Wanna)

2. Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana (Empat Dara 2020)

3. Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel (Lara)

4. Khai Bahar & Aina Abdul (Nafas Cinta)

5. Shiha Zikir & Noki (AEOW)

Lagu MeleTOP Era

1. AEOW (Shiha Zikir & Noki )

2. Empat Dara 2020 (Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana)

3. Lara (Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel)

4. Dolla Make You Wanna (Dolla)

5. Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)

Filem Meletop

1. Ada Apa Dengan Dosa

2. Hantu Bonceng 2.0

3. Jebat

4. M4M4

5. Mael Totey The Movie 

Drama Meletop

1. Kampung Pisang Bersiri-siri (Astro Citra)

2, Bidadari Kiriman Tuhan Ep24 (Astro Ria)

3. Perempuan Tanpa Dosa Ep22 (Astro Ria)

4. Then Maid (Gempak Studio)

5.Angkara Cinta (Astro Citra)

Program Meletop

1. Jejak Ebit Lew siri 1 EP 6

2. Big Stage Siri 3 EP 8

3. Konsert Minggu Ini - #123 Khai Bahar - RTM

4. Next To Neelofa Siri 1 EP 4

5. Sepahtu Reunion Live 2020 Siri 4 EP 8

Artis Versatil Meletop

1. Alvin Chong (Pelakon, penyanyi, Youtuber, Tiktoker)

2. Azira Shafinaz (Pelakon, penyanyi, Hos)

3. Khai Bahar (Pelakon, penyanyi)

4. Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi)

5. Shiha Zikir (Pelakon, Penyanyi, Youtuber)

Influencer Meletop

1. Cupcake Aisyah

2. Muabellaz

3. Azfar Heri

4. Dr Say

5. Sharifah Rose

Personaliti TV Meletop

1. Jep Sepahtu (Sepahtu Reunion Live 2020)

2. Alif Satar (Big Stage Siri 3)

3. Luqman Hariz (Awani 7.45)

4. Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 7)

5. Ustaz Ebit Lew (Jejak Ebit Lew)

Couple Meletop

1. Aiman Hakim & Zahirah MacWilson 

2. Emma Maembong & Muhammad Shazli

3. Fasha Sandha & Aidil Aziz

4. Fattah Amin & Nur Fazura

5. Mira Filzah & Wan Emir

Si Cilik Meletop

1. Aqeef Anaqi (Amyra Rosli & Amar Bahrin)

2. Arianna Aubrey & Karl Kareef (Datin Eina Azman & Datuk Kaiser)

3. Ayya Soffya (Aeril Zafrel & Wawa Zainal)

4. Issac Raees (Aiman Hakim & Zahirah MacWilson)

5. Jebat Jayden (Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila)

BBNU Meletop

1. Alyssa Dezek

2. Amir Masdi

3. Azzam Sham

4. Dolla

5. Naim Daniel

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 7:06 PM