Gambar ihsan TikTok quehaidar.
Gambar ihsan TikTok quehaidar.

Kuala Lumpur: Kejelitaan dua anak pelakon Que Haidar, 43, iaitu Tengku Ratu Haidar, 13, dan Tengku Cleopatra Haidar, 10, menangkap perhatian warga maya menerusi sebuah video di TikTok.

Video mereka bertiga yang dimuat naik beberapa hari lalu turut mendapat tontonan lebih 4.6 juta dan rata-rata komen memuji paras rupa cantik dua puterinya itu.

"Allahu, keturunan apa ini? Hilang kata-kata tengok. Indah sungguh ciptaan Tuhan," itu antara komen yang mendapat tanda suka tertinggi lebih 15,300.

Bukan sekadar komen mereka cantik, tetapi beberapa pengikut akaun TikTok Que menyifatkan rupa paras puterinya itu memang jenis jelita klasik.

"Ini baru betul 'copy and paste' muka ayah dan anak. Tapi versi perempuan.

"Klasik betul wajah. Anaknya macam orang Inggeris yang lama-lama itu. Muka dia macam ada aura 1990-an macam itu. Lawanya," demikian komen netizen.

Dalam video terbabit, mereka dilihat 'miming' lagu nyanyian Biduanita Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Selamat Hari Raya. Video terbabit meraih lebih 281,700 tanda suka dan lebih 2950 komen.

Dua puterinya itu adalah cahaya mata hasil perkahwinan Que dengan koreografer tarian terkenal, Linda Jasmine.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2019. Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan hasil perkahwinan terdahulunya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 5:32 PM