QUE. FOTO Zunnur Al Shafiq
QUE. FOTO Zunnur Al Shafiq
Sudirman Mohd Tahir


Luahan rasa terkilan pelakon Khir Rahman apabila beberapa teman rapatnya termasuk Que Haidar tidak dapat turut serta menjayakan filem Rock Bro arahan Mamat Khalid membuatkan Que rasa serba salah.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 37, yang pernah menjayakan dua siri filem itu sebelum ini mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak dapat turut serta.

“Tak pernah terlintas mahu buat Khir terasa hati dengan keputusan ini. Bukan sahaja dia, pelakon lain juga sudah maklum mengenai perkara ini. Walaupun saya tak terbabit dalam Rock Bro, saya percaya dia dan pelakon lain sudah buat yang terbaik.

“Diakui memang dia ada memujuk supaya berlakon bersama, tetapi saya tetap dengan pendirian. Malah dia menghormati keputusan saya. Apatah lagi ketika itu saya sudah terikat dengan komitmen lain,” katanya.

Kenyataan Que itu sekali gus menafikan desas-desus kononnya keputusannya dipengaruhi isteri tercinta, Linda Jasmine.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 8:02 AM