Menerusi video itu, Siti berkata, dia rindu menjadi orang biasa yang mana dapat duduk dengan orang biasa yang tidak mengenalinya.
Menerusi video itu, Siti berkata, dia rindu menjadi orang biasa yang mana dapat duduk dengan orang biasa yang tidak mengenalinya.
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menerima 3,000 hingga 4,000 tetamu yang datang beraya di rumahnya di Kuala Lipis, Pahang satu ketika dulu.

Siti, 43, berkongsi perkara itu menerusi satu petikan rakaman video yang dimuat naik peminat di aplikasi TikTok menggunakan akaun @dagulekuk. 

Video itu disertakan keterangan Siti Nurhaliza bercerita pengalaman raya sebagai 'orang biasa' yang menerima ribuan tetamu.

"Masa saya baru dikenali, orang mula minat, mula kenal Siti Nurhaliza, saya menang anugerah banyak. Anda cuba bayangkan satu hari saya ada tetamu 3,000 hingga 4,000 orang datang beraya.

"Wow, saya rasa masa tu dah tak ada 'glamour glamour'. Memang saya pakai baju sama dari pagi sampai petang. Saya layan peminat, sayalah yang angkat pinggan, gelas. Saya duduk di dapur waktu rehat, peminat cakap mana Siti Nurhaliza, sampai ke dapur mereka cari. Rumah saya waktu itu rumah teres biasa saja," katanya.

Menurut Siti yang baharu muncul dengan lagu raya, Lip Lap Raya, itu adalah kenangan paling indah yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit dan pengalaman bermakna dirinya dengan peminat.

Terdahulu, kisah Siti tular apabila dia memuat naik hantaran video yang menangis ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 11:32 AM