Peminat warga Indonesia teruja berada di hadapan rumah Siti
Peminat warga Indonesia teruja berada di hadapan rumah Siti

Kuala Lumpur: "Serius, ini rumah Siti Nurhaliza?". Itu ungkapan peminat kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, dikenali sebagai Bukhoy saat merakamkan kenangan di hadapan kediamannya.

Dalam video yang dimuat naik pengguna TikTok di platform itu, Bukhoy kelihatan teruja kerana dapat menjejakkan kaki di hadapan kediaman dipercayai milik penyanyi itu.

"Saya sangat gembira. Selepas sekian lama dalam usia saya, kali ini, saya dapat lihat rumahnya. Indonesia, ini rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza," katanya.

Tidak hanya itu, Bukhoy turut menyanyikan lagu popular Siti, Purnama Merindu.

Sebelum ini, dalam satu video secara langsung di media sosialnya, Siti pernah berkongsi mengenai 'jeritan' individu yang melintasi kediamannya yang dapat didengari dari dalam rumah.

"Saya tahu, ramai orang lalu depan rumah saya dan jerit, 'Siti! Siti!'. Rumah saya di depan (jalan), memang terdengarlah siapa yang jerit.

"Kadang, saya jerit balik, 'Ya!'. Tak tahulah mereka boleh dengar atau tidak. Tapi, memang biasa saya dengar orang jerit.

"Budak-budak motor ke, kadang-kadang budak balik balik sekolah, panggil 'Mat Iti!', 'Tok Ti!'," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 3:14 PM