NORYN (kiri) bersama bapannya.
NORYN (kiri) bersama bapannya.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Bapa penyanyi, Noryn Aziz iaitu Abd Aziz Mohd Dali meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat, hari ini.

Noryn dalam satu kenyataan kepada media berkata, bapanya meninggal dunia pada jam 2.30 petang di kediaman keluarga mereka di Shah Alam, Selangor.

"Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn kembali ke Rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami di Shah Alam," katanya.

Jenazah disolatkan di surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman, U10, Shah Alam selepas solat Isyak, hari ini.

Menurut Noryn, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budiman malam, hari ini.

Noryn turut berkongsi berita duka itu di Instagram dan menerima banyak ucapan takziah dan doa daripada pengikut serta rakan-rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 6:58 PM