Agnes Monica
Agnes Monica
Agensi

Jakarta: Walaupun seluruh negara terkesan akibat Covid-19, namun takhta artis terkaya di Indonesia tahun ini menjadi milik penghibur sensasi, Agnes Monica.

Agnes yang kini dikenali sebagai Agnes Mo, 35, berjaya mengetepikan Raffi Ahmad yang memegang gelaran itu tahun lalu.

Selain aktif menyanyi dan namanya terkenal hingga ke peringkat antarabangsa, Agnes yang kini mengusahakan perniagaan minuman keras jenama sendiri dianggarkan memiliki kekayaan mencecah RM13.3 juta, manakala, Raffi yang jatuh di tangga kedua pula dimaklumkan memiliki kekayaan tahun ini sebanyak RM11.9 juta yang diperoleh dari hasil aktiviti kerjaya seni, saluran YouTube dan perniagaan miliknya.

Penyanyi dangdut dengan jolokan 'Goyang Gerudi', Inul Daratista pula berada di tempat ketiga dengan jumlah kekayaannya sebanyak RM8.9 juta yang diperoleh dari hasil kerja sebagai juri untuk program TV dan perniagaan karaoke.

Seorang lagi penyanyi dangdut sensasi iaitu Princess Syahrini tersenarai di tempat keempat dengan jumlah harta mencapai RM8.3juta daripada aktiviti nyanyian dan perniagaannya.

Berada di kedudukan kelima pula ialah Krisdayanti yang memiliki taksir kekayaan sebanyak RM7.9 juta yang diperoleh daripada kerjaya seninya dan turut disokong oleh perniagaan milik suami, Raul Lemos.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 3:26 PM