Daniel Craig kini berpangkat Komander Tentera Laut.
Daniel Craig kini berpangkat Komander Tentera Laut.
Agensi

United Kingdom: Bintang filem James Bond, Daniel Craig kini menyandang gelaran Komander Tentera Laut Diraja United Kingdom. 

Craig dalam satu kenyataan menyuarakan rasa bangga atas penerimaan pangkat itu. 

"Saya sangat berbangga dan berbesar hati diberikan tanggungjawab ini," katanya. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh First Sea Lord Admiral Sir Tony Radakin, beliau menggambarkan keperibadian Craig sama seperti Bond yang dilakonkannya dalam filem. 

"Saya memperkenalkan Komander Daniel Craig. Namanya cukup dikenali sebagai Komander Bond sejak 15 tahun lalu, yang mana menjaga keamanan Britain menerusi pelbagai misi di seluruh dunia. 

"Itu juga sama seperti apa yang dilakukan oleh Tentera Laut Diraja setiap hari, menggunakan teknologi dan skil seperti mana dilakukan Bond," katanya. 

Komander adalah pangkat ketujuh tertinggi dalam Tentera Laut Diraja dan Craig ingin menggunakan status ketenteraannya untuk membantu keluarga-keluarga tentera United Kingdom. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 10:47 AM