Watak utama drama Ayahanda iaitu Haji Abdullah dizahirkan oleh pelakon mantap, Jalil Hamid.
Watak utama drama Ayahanda iaitu Haji Abdullah dizahirkan oleh pelakon mantap, Jalil Hamid.
Hanis Aliaa Hidzir

DRAMA bersiri yang mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang, Ayahanda mendapat perhatian ramai sejak mula ditayangkan pada 10 Julai lalu.

Dengan rekod 2.5 juta tontonan pada episod pertama bersiaran di slot Lestary TV3, penonton menyambut baik karya adaptasi novel berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Haji Abdullah ini.

Ayahanda menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Fauziah Ahmad Daud, Shahz Jasle, Rita Nadira, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim dan Mimi Asmidar.

Karya ini memaparkan kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Konflik bermula apabila anak-anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya. 

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

Memasuki episod keenam minggu ini, pastinya penonton tidak sabar untuk menyaksikan episod seterusnya malam ini. 

Jangan lupa menonton drama Ayahanda adaptasi novel berdasarkan kisah benar setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 6:13 PM