PERTUNANGAN Payne dan Maya hanya mampu bertahan selama 10 bulan.  FOTO Agensi
PERTUNANGAN Payne dan Maya hanya mampu bertahan selama 10 bulan. FOTO Agensi
Agensi 

PENYANYI Liam Payne berkongsi berita sedih apabila ikatan pertunangannya dengan Maya Henry hanya mampu bertahan selama 10 bulan. 

Payne berkata, dia berasa sangat kecewa terhadap dirinya yang tidak berhenti menyakiti orang lain. 

"Pada waktu ini saya seperti sudah bersikap berlebihan. Saya kecewa dengan diri sendiri kerana terus menyakiti orang lain," katanya.

Menurut Payne, hubungan cintanya dengan Henry membuatkan dia sedar bahawa dirinya tidak pandai dalam menjalin hubungan asmara. 

"Saya sering melukai dan bersikap tidak baik pada orang yang saya sayang. Jadi, saya perlu memperbaiki diri saya sebelum mencintai seseorang selepas ini," katanya. 

Tambah penyanyi lagu Strip That Down itu, perpisahan adalah jalan terbaik mereka selepas menyedari dia tidak pandai menghargai kekasihnya itu. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 7:38 PM