CHERYL Koh hadir uji bakat program realiti American Idol.
CHERYL Koh hadir uji bakat program realiti American Idol.
Georgie Joseph

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Cheryl K, 24, mencuba nasib menghadiri uji bakat program realiti American Idol musim baharu, baru-baru ini.

Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Koh ternyata teruja apabila dapat memenuhi impiannya itu dan mengakui masih rasa bermimpi.

"Ia seakan tidak masuk akal melihat diri sendiri dalam program American Idol. Saya masih mencubit diri saya. Terima kasih atas semua sokongan! Ini baharu permulaan," katanya.

Meskipun tidak mara ke peringkat seterusnya, anak jati Shah Alam, Selangor itu berjaya menyentuh hati Ritchie dan sempat berduet lagu Endless Love dengannya.

"Kamu mengembalikan kenangan manis dan membuatkan saya menitiskan air mata hari ini," kata penyanyi legenda yang cukup popular dengan lagu Hello itu.

Cheryl mula mencuri perhatian sekitar 2018 apabila menyanyikan lagu pembuka filem Hollywood, Crazy Rich Asian. Dia menyanyikan semula lagu klasik berjudul Money (That's What I Want) oleh Barrett Strong.

Berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan itu kini rancak mengejar impian dalam bidang muzik di Hollywood.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 6:50 PM