ZOEY Rahman (tengah) terkejut dihadiahkan Toyota Vellfire oleh kakitangan syarikatnya.
ZOEY Rahman (tengah) terkejut dihadiahkan Toyota Vellfire oleh kakitangan syarikatnya.
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman terkejut dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan mencecah RM300,000 oleh syarikat, Mika Series.

Hadiah itu diterima Zoey sempena ulang tahun kelahiran ke-36 yang bakal disambut esok.

Zoey berkata, ia sesuatu yang tidak dijangka selain menyifatkan itu adalah rezeki buat dirinya.

"Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat membuat kejutan ini.

"Pada awalnya mengikut perancangan hanya acara percutian syarikat bersama kakitangan dan sahabat terdekat.

"Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan," katanya.

Menurut Zoey, hadiah itu juga dianggap permulaan baik untuk diri, kerjaya dan perniagaan dijalankan untuk tahun baharu ini.

"Insya Allah, ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19," katanya.

Sementara itu, penyanyi, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 11:44 PM