Syafil Syazwan Jefri


SELEPAS 2020 diduga dengan pelbagai ujian sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kini kita sudah melangkah ke 2021.

Bagi meraikan kehadiran tahun baharu yang diharap membawa cahaya buat kita, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad bakal menceriakan penonton dengan pelbagai program menarik menerusi empat saluran iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Hari ini, TV3 akan menayangkan filem aksi terbitan Marvel Studios, Thor: Ragnarok pada jam 10 malam. Tentunya, malam pertama 2021 bakal digegarkan dengan aksi hebat Thor menentang kuasa jahat.

Selain itu, TV3 juga akan menayangkan drama terbaharu serta program hiburan istimewa bermula Januari ini.

Slot Lestary kini ditayangkan empat kali seminggu dengan Hadiah Dari Tuhan setiap Rabu hingga Sabtu yang bermula kelmarin jam 9 malam.

Seterusnya, peminat drama tempatan akan dihiburkan dengan slot Akasia menampilkan drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 22 Januari ini jam 7 malam.

Tidak ketinggalan juga empat episod Festival Muzik AJL disiarkan setiap Ahad bermula 10 Januari ini jam 9 malam dan siaran langsung Anugerah Juara Lagu 35, program berprestij yang dinanti-nantikan oleh semua pada 7 Februari jam 9 malam.

Bagi peminat program berbentuk majalah dan dokumentari, saluran ntv7 tentunya akan menjadi saluran kegemaran anda menjelang 2021.

Antara program menarik yang ditawarkan adalah program bual bicara Topik@7 pada setiap Sabtu (bermula 2 Januari, 9 pagi), Edisi Siasat setiap Ahad (bermula 3 Januari, 9 malam), program bual bicara Breakfast@9pm setiap Isnin (bermula 4 Januari, 9 malam), program majalah Kail X setiap Selasa (bermula 5 Januari, 9 malam), Soal Drama pada setiap Rabu (bermula 6 Januari, 9 malam) dan Jurnal Resipi pada setiap Khamis (bermula 7 Januari, 6 petang).

THOR: Ragnarok ditayangkan malam ini.
THOR: Ragnarok ditayangkan malam ini.

Sementara itu, bagi penonton program berbahasa Cina, tak perlu pergi jauh kerana saluran 8TV bakal menghangatkan 2021 anda.

Antara program yang dibawakan 8TV adalah Hello, My Little Fortune setiap Jumaat (bermula 8 Januari, 9 malam), A Promise To Love setiap Isnin hingga Khamis (bermula 25 Januari, 9 malam), Family Singing Show istimewa untuk Tahun Baharu Cina (12 Februari, 9.30 malam), Bonus Vacation (13 Februari, 9 malam), A New Journey CNY Special 2021 (11 Februari, 6.30 petang), Durian, Kaya, Teh Tarik CNY Special 2021 pada 12 dan 13 Februari jam 7 malam, filem hebat antarabangsa seperti Legend of the Demon Cat (10 Februari, 9 malam), Railroad Tigers (11 Februari, 9 malam) dan banyak lagi.

HADIAH Dari Tuhan drama bersiri menarik mengisi
HADIAH Dari Tuhan drama bersiri menarik mengisi

Tidak ketinggalan, saluran TV9 pula bakal memberi inspirasi buat penonton antaranya menerusi program Bijak Benar, program mingguan setiap Ahad bermula 3 Januari jam 7.30 malam yang memberi inspirasi kepada penonton berkaitan pertanian dan cara-cara bijak berbelanja.

Selain itu, program Ejen Agrotek yang ditayangkan setiap Sabtu bermula 6 Februari, jam 7.30 malam dan program hiburan santai, Yo Lah Tu! pada setiap Jumaat bermula 5 Februari, jam 8.30 malam juga akan membuatkan penonton terus melekat di depan TV.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 6:40 AM