MASIH mengekalkan Haziq dan Sherry Alhadad sebagai pengacara.
MASIH mengekalkan Haziq dan Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Ridzuan Abdul Rahman

Penantian karyawan seni dan peminat tegar industri muzik tanah air untuk mengetahui barisan artis dan lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik 35 kini terjawab.

TV3 dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan 30 lagu sudah disenarai pendek untuk bertanding dalam rancangan popular ini.

Ada perbezaan dibuat berbanding tahun lalu apabila Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 20, 21 dan 22 November ini.

Dalam masa sama, produksi rancangan ini tetap kekal mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) apabila program separuh akhir ini akan bersiaran tanpa penonton seperti program siaran langsung yang lain.

Masih mengekalkan Haziq Hussni dan Sherry Alhadad sebagai hos, SFMM35 akan bersiaran pada jam 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sebanyak 30 lagu yang layak ke SFMM35 ini dibahagikan kepada tiga hari berasingan iaitu pada 20 November menyaksikan persaingan lagu Sembah nyanyian Naim Daniel Ft Man Keedal ciptaan Naim Daniel & Iqie Hugh, Canggung (Wany Hasrita ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong), Kelabu (Yonnyboii & Azlan The Typewriter ciptaan Yonnyboii), Sebentar (Dayang Nurfaizah ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage & Romeo), Adakah Engkau Menungguku (Naim Daniel Ft Tuju ciptaan Naim Daniel, Adib Hamdi dan lirik Naim Daniel, Adib Hamdi & Tuju), I Want You To Love Me (Alif Satar & The Locos ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo & Mike Chan dan lirik Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan & Alif Satar), Takkan Merubah (Sufian Suhaimi & Amira Othman ciptaan Farouk Roman dan lirik Amylea), Khayal (Stacy ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik & Ziin dan lirik Bunga Cantik), Gundah (Ernie Zakri ciptaan Ernie Zakri & Sharon Paul), Curang (Syamel ciptaan Syamel & Aepul Roza) dan Hati (Hael Husaini ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong).

NAIM Daniel turut layak ke separuh akhir.
NAIM Daniel turut layak ke separuh akhir.

TIGA lagu Yonnyboii layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 35.
TIGA lagu Yonnyboii layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 35.

Pada 21 November pula menyaksikan persaingan membabitkan lagu Sakit (Zynakal Feat Yonnyboii ciptaan Yonnyboii & Zynakal), Peluang Kedua (Nabila Razali ciptaan Hael Husaini & MfMf), Gila (Kaka Azraff, Noki & Loca B ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong), Panggung (Apex Tajudin ciptaan Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam & Romeo), Kau Sakiti (Amir Masdi ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage), Tentang Rahsia (Judika & Shila Amzah ciptaan Farouk Roman ciptaan Amylea) dan Bicara Rasa (Ariff Bahran & Sarah Suhairi ciptaan Rudy Kasmaran & Sang Hitam), Takdir Tercipta (Hafiz Suip & Adira ciptaan Ikhwan Fatanna & Ayden Ali), 7 Nasihat (Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta ciptaan Kmy Kmo & Luca Sickta), Hutang (Floor 88 ciptaan Zai Hamzah lirik Achoi Floor 88) dan Aku Bidadari Syurgamu (Datuk Seri Siti Nurhaliza ciptaan Ippo Hafiz lirik Siti Rosmizah).

Ini diikuti lagu Hello (Ismail Izzani & Andi Bernadee ciptaan Ismail Izzani, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga), Eh (Zizi Kirana ciptaan Navigator & Zizi Kirana ciptaan Mambang & Zizi Kirana), Semalam (Aina Abdul), Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong), X Missing U (Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Tuju, Yonnyboii ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja'a, Tuju & Yonnyboii), Takkan Terlerai (Syamel & Ernie Zakri ciptaan Sharon Paul, Ernie Zakri & Syamel ciptaan Fedtri Yahya, Ernie Zakri & Syamel), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewiter ciptaan Dark) dan Aku Kau Dan Muzik (Akim & Stacy ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik & Freddy lirik Bunga Cantik & Hang Nadim) pada 22 November.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 6:39 AM