Hael Husaini.
Hael Husaini.
Syafil Syazwan Jefri


Shah Alam: Hael Husaini dan Ezra Kong mendominasi Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) apabila lima lagu ciptaan mereka layak ke pentas berprestij itu tahun depan.

Lagu berkenaan ialah Hati nyanyian Hael yang dicipta bersama Ezra, Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita, Hael, Ezra); Kau Sakiti (Amir Masdi, Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo, Mage & Ezra); Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B, Ezra) dan Peluang Kedua (Hael, MFMF).

Dari jumlah itu, Ezra menghasilkan empat lagu, manakala Hael tiga lagu dan dua daripadanya menyaksikan kerjasama mereka berdua.  

Sementara itu tujuh lagi lagu yang layak ke AJL35 ialah 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Semalam (Aina Abdul), Hutang (Floor 88), Gundah (Ernie Zakri), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).

Selain tersenarai lagu yang layak ke AJL35, Belenggu Rindu turut diumumkan sebagai Lagu Terbaik untuk episod ketiga SFMM35.

Terdahulu, dua lagu yang diumumkan sebagai Lagu Terbaik dalam dua episod terdahulu adalah Hati dan 7 Nasihat.

Episod ketiga SFMM35 turut menyaksikan persembahan daripada Jaclyn Victor dan Lah Ahmad menerusi lagu Ceritera Cinta yang pernah memenangi Vokal Terbaik di AJL22 pada 2008.

SFMM35 yang diacarakan Sherry Alhadad serta Haziq Hussni disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan saluran YouTube TV3,malam ini.

Semua episod SFMM35 berlangsung tanpa penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 11:35 PM