Antara artis dan komposer yang tersenarai ke separuh akhir pada sidang media pengumuman 30 lagu bertanding Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM 38) di Jio Space. FOTO ASYRAF HAMZAH
Antara artis dan komposer yang tersenarai ke separuh akhir pada sidang media pengumuman 30 lagu bertanding Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM 38) di Jio Space. FOTO ASYRAF HAMZAH
Ridzuan Abdul Rahman


Petaling Jaya: Komposer terkenal, Datuk M Nasir kembali meloloskan diri bertanding pada persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SAMM38) kali ini dengan mempertaruhkan lagu Menyentuh Kasih ciptaannya yang dinyanyikan Siti Nordiana.

Kali terakhir M Nasir tampil mempertandingkan karyanya menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz Suip yang diangkat sebagai Juara Lagu ke-26 di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2011, sekali gus kira-kira 12 tahun lalu.

Sebanyak 30 lagu layak bertanding ke SAMM38 yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Disember hingga 17 Disember ini jam 3 petang hingga 5 petang di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam.

Penerbit Eksekutif SAMM38, Muhamad Sufian Che Isa ditemui berkata, semua lagu-lagu yang terpilih mempunyai kekuatan dari pelbagai aspek.

"Tahun ini menyaksikan 14 lagu balada terpilih dan selebihnya lain-lain genre. Persaingannya memang hebat dan tiap-tiap tahun juga memang ada lagu yang tidak masuk final serta jadi kontroversi.

"Dari segi teknikal, kita ambil pelbagai faktor dan SAMM38 kali ini ada enam juri terbabit. Malah, tak dinafikan ada juri yang takut nak jadi juri, tapi kami berjaya kenal pasti mereka yang sesuai. 

"Pemilihan juri adalah dari segi pengalaman dan kebolehan. Mereka ada pelbagai faktor termasuk dari segi lirik serta juri juga tak boleh 'bias' (berat sebelah). Mereka kena telus," katanya pada sidang media yang diadakan di Jio Space, di sini hari ini. 

Menurut Sufian, selain penyertaan M Nasir menerusi lagu ciptaannya, penyanyi berkaliber iaitu Ziana Zain dan Liza Hanim turut muncul sebagai peserta bertanding, sekali gus menjadi nilai tambah dan daya penarik di SAMM38. 

Sementara itu, Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan. 

Lagu-lagu layak ke SAMM38 ialah  Inilah Jalannya nyanyian Masdo, ciptaan dan lirik Noh Salleh, diikuti Oh Wanita (Khai Bahar, ciptaan dan lirik Harry Khalifah), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain, ciptaan dan lirik Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah, ciptaan dan lirik A Ramlee & Ezra Kong), Kaulah Syurga (Khai Bahar & Lia Aziz, ciptaan Asfan Shah dan lirik Siti Rosmizah), serta Tusuk (Shiha Zikir, ciptaan dan lirik Iqie Hugh & Omar Kay).

Turut terpilih, lagu Hasrat (nyanyian Amir Jahari, ciptaan dan lirik Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan & Hazama, ciptaan dan lirik Iqie Hugh, Shazreq Azeman & Omar K), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul, ciptaan dan lirik Aina Abdul) dan Bahagia Milik Kita (Syamel, ciptaan Syamel & Ahmad Jeffny dan lirik Syamel). 

Selain itu, lagu Racun (nyanyian Elica Paujin & Dem Lepak Boyz ciptaan dan llirik Iqie Hugh & Aniq Iffat), Korbankan Kita (MOJO, ciptaan dan lirik Edry Abdul Halim), Kamu Kamu (Wani Kayrie, ciptaan Ziin dan lirik Jerry), Alah Bisa (Amira Othman & Faizal Tahir ciptaan Glow Rush dan lirik Mage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim), Astana (Ernie Zakri ciptaan dan lirik Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel),  Cinta Hanya Buatan (Muna Shahirah, ciptaan dan lirik Gouffran & Ibnu), Cinta Sahabiyah (Datin Alyah, ciptaanAlyah & Omar K dan lirik Alyah), Menyantun Kasih (Siti Nordiana, ciptaan MNasir dan lirik Keon), Sejuta Maaf (Liza Hanim, ciptaan Sirkhan & Rinkarnaen dan lirik Sirkhan) serta Sutera (Aisha Retno ciptaan dan lirik Aisha Retno). 

Sebanyak 10 lagi lagu lain ialah Kalam (nyanyian Shiha Zikir, ciptaan dan lirik Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), Dua Darjat (Black Hanifah, ciptaan Nyawablack dan lirik Nyawablack & Amintot), Santai (Faizal Tahir, ciptaan & lirik Faizal Tahir), Budi ( Kmy Kmo, Luca Sickta & Sufian Suhaimi, ciptaan dan lirik Kmy Kmo & Luca Sickta), Berubah (De Fam, ciptaan dan lirik Mage, Faizal Tahir & Sophia Liana), Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali, ciptaan dan lirik Amylea), Bintang (Hael Husaini, ciptaan dan lirik Hael Husaini),  Darah (Marsha Milan, ciptaan dan lirik Naim Daniel & Firdaus Rahmat), Aku, Hati Dan Perasaan (Haqiem Rusli, ciptaan dan lirik Haqiem Rusli) dan Di Sebalik Rahsia (Haqiem Rusli, ciptaan Haqiem Rusli & Sharon Paul dan lirik Haqiem Rusli & Fahmi Zafran).

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 5:51 PM