NAIM ketika membuat persembahan. FOTO/NSTP
NAIM ketika membuat persembahan. FOTO/NSTP
Sudirman Mohd Tahir


DUA lagu judul sama iaitu Sumpah nyanyian Naim Daniel dan Aina Abdul antara 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan.

Lagu dan lirik ciptaan Naim Daniel dan Omar K serta Aina Abdul itu layak bersama 10 lagi lagu iaitu Drama (Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib / Drama Band); Kisah Cinta Kita (Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida / Hafiz Suip); Ku Bersuara (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham / Ernie Zakri), Anta Permana (Hael Husaini, Ezra Kong / Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Bangun (Navigator / Aman RA).

Lima lagi lagu ialah Ragaman (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan / Faizal Tahir); Rampas (Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik / Akim & The Majistret); Dinda (Ali Sariah / Kugiran Masdo); Peneman (Tam / Hazama) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli / Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran / Haqiem Rusli).

Terdahulu, lagu Drama nyanyian Drama Band dan Sumpah (Naim Daniel) diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada minggu pertama dan kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34) lalu.

Pada minggu ketiga SFMM34 yang berlangsung di sini malam tadi, lapan lagu dipertandingkan.

Lagu itu terdiri daripada Bimbang nyanyian Marsha, Pudar (Indah Ruhaila), Bangun (Aman Ra), Jutaan Purnama (Datin Alyah), Tetap Kamu (Amylea x Megat), Sumpah (Aina Abdul), Peneman (Hazama The Penglipurlara) dan Bunga (Kugiran Masdo).

30 buah lagu yang layak ke SFMM 34 adalah hasil undian peminat sebanyak 40 peratus dan penilaian juri profesional sebanyak 60 peratus di carta Muzik Muzik 34.

SFMM34 diadili juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

SFMM34 dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussn dan bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 11:30 PM