Jamil Hassan.
Jamil Hassan.
Syafil Syazwan Jefri


Petaling Jaya : Sebanyak 30 lagu layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SAMM37) yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November ini.

Penerbit Eksekutif SAMM37, Jamil Hassan berkata, jumlah penyertaan tahun ini meningkat lebih banyak berbanding sebelum ini.

"Berbanding ketika pandemik Covid-19, kita dapat lihat peningkatan dari sudut jumlah penyertaan. Tahun ini juga menyaksikan pelbagai genre berbeza dipertandingkan. Dari pemantauan kami, industri muzik kita berkembang dengan pesat selepas itu," katanya.

Menurut Jamil, pihaknya melabelkan lagu-lagu yang bertanding di pentas SAMM37 sebagai karya gred A.

"Secara umumnya, inilah wajah-wajah (penyanyi, komposer dan penulis lirik) yang aktif dalam industri hari ini.

Matlamat kami adalah untuk mencari karya berkualiti dan senarai lagu kali ini, semuanya boleh dikategorikan sebagai gred A," katanya.

Lagu-lagu yang layak ke separuh akhir ialah Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis dan Shah Shamshiri; Berani (nyanyian Dolla ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat); Kisah Hati Lara (nyanyian Naqiu ciptaan Johan John, Khaleel); Esok (nyanyian Amir Masdi ciptaan Shazee Ishak, Audi Mok); Tak Sangka (nyanyian dan ciptaan Yonnyboii, Zyn Akal, Asyraf Nasir); Demi Kamu (nyanyian Indah Ruhaila ciptaan Johan John, Khaleel); Debu (nyanyian Amir Masdi dan Dayang Nurfaizah ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim); Nang (nyanyian Iman Troye ciptaan Ezra Kong, A Ramle); Cukup Derita Itu (nyanyian Siti Nordiana ciptaan Tam Spider, Siti Rosmizah) dan Takluk Cinta (nyanyian Hafiz Suip ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, John Jeves).

Turut layak ialah lagu Perempuan (nyanyian Jaclyn Victor ciptaan Johan John Khaleel); Sumpahan Salju (nyanyian Ara Johari ciptaan Ziin, Jerry); Bahagiakan Dia (nyanyian Liza Hanim & Shila Amzah ciptaan Aliff Iskandar, Que Afiq); Sengsara (nyanyian Khai Bahar ciptaan John Jeeves, Firdaus Rahmat, Omar K); Payung Pelangi (nyanyian dan ciptaan Noki, MK); Berakhirlah Pencarianku (nyanyian Hafiz Suip & Ernie Zakri ciptaan Ikhwan Fatanna, Wan Salleh, Datuk A Aida); Khilaf Asmara (nyanyian Shila Amzah ciptaan Amylea); Korban (nyanyian dan ciptaan Ernie Zakri); Sempurna (nyanyian Imsoniacks ciptaan Iqie, Danial) dan Kembali Terang (nyanyian Marsha ciptaan Senna, Jin).

Sepuluh lagi lagu yang layak ialah Sama Seperti Dulu (nyanyian dan ciptaan Hael Husaini, Iqie Hugh); Irama (nyanyian Shiha Zikir ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves); Mainan (nyanyian Naim Daniel ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K, Mas Dewangga, Arisz Ab Rahman); Makuta (Hazama, Kmy Kmo & Luca Sikta); 24434 (nyanyian Floor 88 ciptaan Zai Hamzah, Achoi Floor 88); Habis Sini (nyanyian Naim Daniel & Joe Flizzow ciptaan Naim Daniel, Joe Flizzow, Sonaone, Mas Dewangga, Firdaus Rahmat); Satu Malam Di Temasek (nyanyian dan ciptaan Sonaone & Joe Flizzow); Hitam Saksi Putih (nyanyian dan ciptaan Haqiem Rusli); Damba (nyanyian Khai Bahar ciptaan Iqie Hugh, Omar K) dan Terus Hidup nyanyian dan ciptaan Aina Abdul.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2022 @ 9:41 PM