IBU kepada selebriti masakan dan pemakanan terkenal Chef Zam, Chik Minah meninggal dunia lewat malam tadi di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara.
IBU kepada selebriti masakan dan pemakanan terkenal Chef Zam, Chik Minah meninggal dunia lewat malam tadi di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara.
Ridzuan Abdul Rahman

 

 

   IBU kepada selebriti masakan dan pemakanan terkenal Chef Zam, Chik Minah meninggal dunia lewat malam tadi di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara.

   Perkara itu disahkan oleh Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, menerusi akaun media sosialnya.

   "Saya memohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah Ma (ibu) saya.

   "Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkannya dari seksa kubur dan menempatkan rohnya bersama para syuhada," tulisnya yang popular dengan program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-Ole Malaysia, Aroma Selebriti dan banyak lagi. 

   Terdahulu Allahyarham Chik Minah yang menghidap Pneumonia sudah beberapa hari dirawat di hospital dan sentiasa ditemani oleh Chef Zam dan anak saudaranya.

   Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, pada hari ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 10:05 AM